<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Julai 2018

Julai 29, 2018

Review Filem Pulang


Assalamualaikum.
Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti cerita-cerita biasa yang berkisar tentang percintaan anak orang acah-acah kaya, projek juta-jutaan, perempuan/lelaki berebut boyfriend/girlfriend dan yang sewaktu dengannya...

Dan akhirnya, pada 28 July 2018, berjaya jugak tengok filem ni.

Sinopsis Filem PULANG 2018
Filem ini diinspirasikan dari kisah benar. Berlatar belakangkan tahun 1940an, mengisahkan seorang kelasi kapal, Othman yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelakinya, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Pelakon:  Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Sherry Al Jefri, Dato; Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato' Rahim Razali, Aida Khaleeda.

Review:
Bagi Akak, jalan ceritanya best, tidak meleret-leret. Mesejnya juga jelas.
Sebab Akak pun memang suka tengok gambar laut, gambar senja dan apa-apa tentang alam, so memang cantik lah pemandangan yang digambarkan dalam filem ni. Part kapal karam tu, macam ala-ala Titanic pun ada.
Aku tidak percaya pada cinta pandang pertama. Tetapi perasaan ini boleh datang tanpa diduga - Che Thom
Secara keseluruhannya, cerita ini mempamerkan macam-macam emosi. Ada tentang kasih sayang, kesetiaan, persahabatan, kesunyian, rindu, marah, sedih, suspen dan macam-macam lagi.
Apa gunanya kapal, kalau cuma bersauh di tepi pantai - Othman
Kehebatan lakonan Remy Ishak (sebagai Othman) memang tidak dinafikan. Jelas perwatakannya sebagai seorang lelaki melayu tradisional yang penuh kasih sayang terhadap anak dan isteri, bertanggungjawab dan teguh akidahnya. Tetapi lelaki tetap lelaki. Ego tetap ada.

Akak tak berapa kenal dengan Puteri Aishah, tapi lakonannya pun ok juga.  Dari seorang gadis hinggalah menjadi seorang isteri dan ibu yang menderita dan kesunyian, watak Che Thom ni memang mencabar.

Bila tengok cerita tu especially bila Othman dah berlayar, memang dok suspen lah menunggu, bila dan macam mana Othman balik. Asyik dok hantar postcard aje kat anak bini. Bila nak balik ni? Dapat tak dia berjumpa dengan isteri dan anaknya?
Aku nak tahu, kenapa dia tak pulang? - Che Thom

Kalau nak bagi rating, dari 5 bintang, Akak bagi 4.5 bintang....


Sekian. Wassalam.

Gambar: sumber




Label:

Julai 25, 2018

WW#29 Doa Pergi Bekerja


Assalamualaikum
Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.


Label: ,

Julai 23, 2018

Makanlah Buah-buahan Tempatan

Assalamualaikum


Hujung minggu lepas, office mate Mr Hubby ada buat program jalan-jalan makan buah-buahan di sebuah tempat di Slim River, Perak.
Anak-anak Akak semuanya tak ikut sebab ada program di sekolah masing-masing. 
Jadi, Akak pergi lah berdua dengan Mr Hubby.
Bila lagi nak jalan-jalan berdua macam pengantin baru...: D

Jenuh jugak nak sampai, tapi, nak makan buah-buahan segar dari ladang punya pasal.....
Rugi la kalau tak ikut.

Memang segar sungguh ni.
Tak caya, tengok aje lah hitam-hitam si tampok manggis ni. Sungguh pun hitam, rasanya manis...

Buah durian ni adalah untuk santapan 5 keluarga. Memang puas hati lah makan. Sampai hari ni pun masih teringat-ingat lagi durian tu...
Arrgghhhhhh....sedapnya.

Tak caya? Tengok aje la si durian kuning ni. Rasanya memang sedap. Merecik you!

Ini pulak, buah pulasan. Merah gitew..
Tak dapat makan banyak, sebab buah pulasan ni adalah ihsan dari tuan punya kebun. Tak termasuk dalam pakej. 
Tapi bila tuan kebun kata boleh petik, apa lagi....
Rezeki namanya.


Kalau ada pantun tentang buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan..
Ni pulak buah cempedak yang bergayutan sampai penuh batang pokok. Nak buat pantun pun tak reti...haha.
Jarang jumpa tau dan tak ada pokok macam ni kat depan rumah Akak :D

Ini adalah jalan nak menuju ke kebun. Nampak sejuk dan hijau. Tenang aje rasa...
Moga-moga adalah rezeki lebih nak tanam banyak pokok buah-buahan di kebun sendiri nanti...aamiin.

Sekian. Wassalam.
#jalanjalancarimakan
#whitebarleyphoto
#makanlahbuahbuahantempatan















Label:

Bila Perempuan Marah


Haha...sabo aje.
Bertabahlah abang2 dan pakcik2 sekelian...:D

Kredit: hanshanis.com


Kredit: Amer A.K, fb siakapkeli





Label:

Julai 22, 2018

Terima Kasih Anies

Assalamualaikum
Beberapa hari lalu Akak dapat pesanan bertulis dari Abam Posmen.
Abam Posmen kata, dia nak hantar barang, tapi Akak tak ada kat rumah. Jadi Akak kena ambik sendiri barang di Pejabat Pos.

Alhamdulillah...baru semalam dapat pergi ambil...

Meh close up siket...




Rupanya Akak dapat kiriman dari Blogger Anies.
Terima kasih Anies.
Sebenarnya dah banyak kali Akak dapat kiriman dari Blogger Anies ni. Terima kasih sekali lagi.

Akak doakan semoga Anies dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan. Dan boleh pergi travel selalu...Aamiin..

Sekian. Wassalam.

p/s: kawan2 jom kita terjah ke blog Anies.
aniesandyou.blogspot.com 
Macam-macam cerita ada.



Label:

Julai 18, 2018

WW#28 Trust


Credit: quotewagon

Label:

Julai 14, 2018

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?

Assalamualaikum
Minggu ni gigih nak habis kan baca buku ni.


Akak sebenarnya tak biasa sangat baca jenis buku yang 'heavy'2.
Tapi, masa beli tu memang terpesona dengan tajuknya.

Penulisannya bagus. Banyak bait-bait kata yang perlu direnungkan sambil-sambil mencermin diri :(
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat.
Tapi, macam Akak tulis kat atas tadi, sebab buku ni kategori heavy, baca pun slow and steady aje..
Cuba buku yang bertajuk 'Abang Sado Hati Jambu', ' Diari Mat Kilang' atau ' Biaq Pi Lah'...cepat sikit habisnya... :)

Sinopsis
'Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?' merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna.

Mengambil semangat permikir Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggal budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.
Kau tahu, Imam Ghazali mengatakan sabar adalah ciri khas milik manusia yang tidak dimiliki oleh haiwan atas sifat-sifat kekurangannya, dan tidak pula dimiliki oleh malaikat atas sifat-sifat kesempurnaannya sebagai hamba yang paling taat kepada Allah

Sekian. Wassalam. 

Label:

Julai 07, 2018

Pengen Berduan Dengan Diri Mu Iqbaal

Assalamualaikum


Kat you tube dan instagram, sibuk cerita pasal seorang remaja perempuan bernama Nurrani yang mengaku sebagai isteri sah kepada Iqbaal.
Nota : Iqbaal atau nama sebenarnya Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan adalah seorang artis dari Indonesia.

Gaya Nurrani menyanyi memang kelakar dan kadang kala menyakitkan hati pun ada....
Kalau korang tengok mesti nak kata "ada juga orang macam ni dalam dunia".


Tapi, apa lah yang nak dihairankan, sebab orang akan buat apa saja untuk mempertahankan cinta.

Kat sini Akak tak nak mencaci cerca Nurrani. Sebab kalau tengok di ig nya memang dia dah kaw2 kena kutuk.

Akak cuma nak highlight tentang apa yang kita boleh belajar dari kisah 'percintaan' Nurrani dan Iqbal ni. Antaranya;
  • Confidence level tahap dewa. Ni memang tak boleh lawan. Nurrani dengan penuh yakin menyatakan rasa cintanya pada Iqbaal kepada dunia. Korang mampu? Dia apa kisah dengan orang sekeliling atau orang-orang dia rasa menjadi pesaing. Untuk hidup, memang bagus kalau ada confidence level yang tinggi, tapi, gunalah di jalan yang betul. 
  • Berani. Agak-agak ada berapa ramai orang yang berani berterus terang malahirkan rasa cinta sampai begitu sekali? Dan lagi satu, dia nak bercinta, tak adalah menyusahkan orang lain. Berani kerana benar. Betul tak? Kalau susahkan orang pun, mungkin setakat sakit mata, sakit telinga dan sakit hati bila tengok gaya dia menyanyi. Tapi, boleh juga jadi sesuatu yang menghiburkan. Kalau tak suka jangan tengok.
  • Consistent. Walau dia kena kutuk dari hujung rambut sampai hujung kaki sekali pun, pendiriannya tetap teguh dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya. Hatinya tetap bulat dan tekat pada si Iqbaal. Gayanya juga tetap bersahaja. 
  • Malu. Cuma part ni kita perlu ambil pengajaran. Confident dan berani memang harus ada dalam hidup. Tapi perasaan malu itu juga penting. Atau sekurang-kurangnya, kita tahu, masa bila kita perlu rasa malu!
  • Keratif. Tak tau lah dia memang kreatif atau kerana cinta manusia sanggup berbuat apa saja. Yang penting dia dapat menyatakan perasaan hatinya dan secara tidak langsung, menjadi amaran kepada orang sekeliling "dia milik ku" atau "jangan ganggu pacar ku". Kalau tengok gambar-gambar superimpose Nurrani dan Iqbaal ni, memang tak larat nak gelak. Betul kreatif. Win sangat. Tak caya, tengok la.
  • Banyak follower. Biasanya perkara-perkara ganjil atau jarang-jarang berlaku akan menarik minat orang. Bila orang tengok, stalk atau jadi follower ig, fb atau apa saja media sosial, tak semestinya sebab minat. Boleh jadi orang cuma nak tau perkembangan semasa..."Apa lagilah percubaan dia hari ini". Tapi Nurrani peduli apa. Setiap video nya ada jutaan view. Lepas ni, mungkin banyaklah iklan atau orang nak tumpang promosi produk kat ig dia. Nurrani pun dah muncul di TV. Kau addo????
  • Marketing strategy apakah?.  Bila dah ada ramai follower, senanglah nak market produk. Mungkin dah jadi rezeki dia. Moga selepas ini, semakin bertambahlah rezeki Nurrani. Dan lagi satu, sejujur-jujurnya, saya memang tidak pernah kenal artis Indonesia yang bernama Iqbaal ini. Tapi, kerana Nurrani, tak pasal-pasal Iqbal dapat promosi free! Lumayan kannnnn

Semoga kita boleh mengambil pengajaran dari kisah percintaan Nurrani ini. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk, jadikan sempadan. Apa pun, semoga Nurrani selalu bahagia. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#bukanmakciktiktok
#hanyapendapat
#tolongjangankecam

Kredit: ig & video nurrani


Label:

Jun 28, 2018

Bijan

Apa yang korang tahu tentang bijan?
Bijan adalah sejenis herba. Ianya tiada kaitan langsung dengan 'bohjan'.
Nama saintifik bijan adalah sesamun indicum. Bijan juga dikenali sebagai 'lenga'.


  • Roti Bijan - Roti yang ditabur bijan dipermukaannya nampak lebih menarik. Jadi, tidak hairan jika bijan juga menjadi salah satu bahan penting dalam pembuatan roti


  • Kuih Bijan - Kuih atau biskut bijan ini memang popular sepanjang zaman, tidak kira masa raya atau masa-masa lain. Nak buat mudah (cuma.malas tak malas ajelah) dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Rasanya pun sedap.


  • Minyak bijan - Ada yang menggunakan minyak bijan untuk memasak. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai penambah rasa  dalam makanan. Di sesetengah tempat, minyak bijan digunakan dalam perubatan.


  • Beg bijan - Sejujur jujurnya, saya baru tahu tentang kewujudan jenama ini. Bukan bijan biasa tau. Nampak jenamanya bermula dengan huruf 'B'...tapi tak sama dengan jenama Bonia yang korang jumpa kat shopping complex. Harganya memang tidak terjangkau dan hanya orang ada-ada saja mampu memilikinya. 

Apa lagi tentang bijan yang korang tau?

Sekian. Wassalam.


Sumber : pelbagai
Gambar: google




Label:

Jun 27, 2018

Tanda-Tanda Anda Sudah Tua


  • Profile picture di media sosial tidak lagi menggunakan gambar sendiri, tetapi gambar yang menjadi pilihan adalah gambar anak atau gambar cucu. 
  • Minyak wangi yang selalu menjadi teman ketika jalan-jalan sudah digantikan dengan minyak angin atau minyak urut.
  • Kalau pergi karaoke, lagu-lagu pilihan adalah lagu-lagu tahun 80an dan 90an. Kebanyakan lagu mungkin tidak pernah didengar oleh budak-budak gen Y. Lagi sadis, lagu pilihan anda sudah tidak ada lagi dalam koleksi pusat karaoke.
  • Untuk acara sukan, nama anda tidak ada lagi dalam senarai pasukan remaja atau belia. Sebaliknya, secara automatik anda sudah menjadi ahli tetap pasukan veteran atau skuad 40an.
  • Anda sering mendapat undangan dari rakan-rakan anda ke majlis perkahwinan. Bukan rakan-rakan anda yang berkahwin, tapi anak-anak mereka.
  • Message dari kawan-kawan anda bukanlah untuk mengajak anda lepak-lepak atau pergi tengok wayang, tapi cuma nak bagi tahu "kami baru terima menantu atau dapat cucu baru"
  • Jarang sekali jerawat-jerawat remaja timbul di muka anda, tetapi yang lebih meriah menghiasi wajah anda sekarang adalah garis-garis penuaan dan kedutan-kedutan halus.
  • Topik-topik perbincangan di group whatapps bukanlah tentang budak kelas sebelah atau abang department mana yang paling sado, tapi lebih kepada petua awet muda, tips mangatasi sakit pinggang dan lutut serta peringatan tentang hari kematian.
  • Kalau dulu pergi ke kedai baju, jurujual akan tanya "Nak cari baju yang macam mana Dik?". Tapi sekarang  jurujual akan tanya "Mak Cik nak beli baju untuk anak ke? Umur dia berapa tahun?"
  • Nombor talipon doktor dan klinik juga sudah semakin banyak dalam senarai nombor talipon anda. 
  • Kalau dulu, jadual anda penuh dengan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, futsal dan macam-macam lagi. Tapi kini anda lebih suka menghabiskan masa di rumah sambil menonton rancangan tv kegemaran. Itu pun nasib baik jika anda tidak tertidur sebelum rancangan kegemaran anda bermula.

Amacam? Dah ada ke tanda-tanda macam kat atas tu?..

Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai


Label:

Jun 24, 2018

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum.
Raya ibarat tak lengkap kalau tak balik ke Johor :)
Alhamdulillah, Akak berkesempatan balik juga akhirnya.
Balik kali ni bukan setakat balik beraya, tapi dapat jalan-jalan test makan lagi.

Mission pertama nak makan kacang pool.
Dapatlah merasa masa breakfast. Tempatnya di Gerai Kacang Pool Haji (di Anjung Selera Larkin Bomba)
Memang sedap. Harganya RM6 (kacang pool + telur mata + roti)


Mission kedua nak makan mee rebus Hj Wahid. Lama dah tak makan mee rebus ni. Nasib baik adik bungsu saya rajin nak bawak jalan pergi ke Plaza Angsana. Alhamdulillah, dapatlah makan.
Harganya RM5 sepinggan.


Mission ke tiga nak makan Murtabak Cheese. Adik saya recommend Murtabak Cheese Kampung Melayu, tapi dia tak sempat nak bawak sebab ada urusan. Nasib baik Mr Hubby rajin nak melayan.
Guna waze aje, in shaa Allah senang nak cari gerai ni.
Murtabak ni sedap. Harganya RM15 sekeping. Memang puas hati makan.


Kebetulan pergi cari murtabak pun dah lewat petang (tunggu mee rebus hadam dulu katanya...), jadi dapatlah melihat suasana Maghrib di Masjid Kampung Melayu.


Ni view Singapore...dari Stulang.
Hasil dari camera hp cap ahyam aje.
Tengah ambik gambar, ada petir pulak.
...nasib baik tak apa2.


Ok. Itu saja nak update.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati :D

Sekian. Wassalam.









Label:

Jun 15, 2018

Aidilfitri 2018


Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

Andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa, ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa.
Setahun menghilang, sekarang menjelang,
Selamat...Selamat...Selamat Hari Raya.

Sekian. Wassalam.

Photo: google (edited by fida)


Label:

Jun 14, 2018

Di Penghujung Ramadhan


Assalamualaikum
Ramadhan tahun ini sudah sampai ke penghujungnya.
Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya....aamiin.

Live your life like everyday is Ramadhan & akhirah will become your eid

Selamat balik kampung dan semoga perjalanan dimudahkan.

Sekian. Wasaalam.
#29ramadhan
#whitebarley

photo - google (edited by fida)






Label:

Jun 11, 2018

Suatu Hari Di KLCC

Assalamualaikum


Hari ni selsema siket. Asal kejadiannya sebab makan udang masa sahur tadi. Akak ni allregic udang sebenarnya.

Bila dah selsema, kena lah ambik angin luar. Tak bole lama-lama duduk dalam tempat ada aircond. Jadi, ini lah aktiviti tengah hari tadi.


Rasa macam pelancong pulak bila sama-sama menyibuk ambik gambar, sekali dengan pelancong dari China, India dan tak tau la negara mana.


Macam-macam gaya nak ambik gambar tadi. Kejap berdiri, kejap duduk, kejap bersimpuh. Cuma meniarap aje Akak tak berani lagi buat kat depan KLCC tu. Lagi pakai baju kurung, nanti ada pulak orang kata " Mak Cik ni buang tebiat ke"...hihi


Anyway, thanks to Adik Syaza, sebab tolong temankan aktiviti Akak ni. 
Best pulak rasa dapat ambik gambar.


Ni pulak (gambar atas) kat area Taman KLCC. 
Tak cukup area depan, kita ambik gambar taman pulak.
Bila lagi kan...
Ni pemandangan dari Taman KLCC...

Ok. Tu aje nak hapdate.
Sekian. Wassalam.





Label:

Jun 09, 2018

Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar



Rasulullah SAW berkata

"Wahai Fatimah, bertakwalah kepada Allah, tetaplah menyempurnakan kewajipan mu kepada Allah, dan kerjakanlah pekerjaan rumah tangga mu. Kemudian, apabila engkau akan tidur, ucapkanlah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Ini lebih baik bagi mu dari seorang pembantu"



Dalam kisah yang lain, Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Muaz bin Jabal
"Wahai Muaz, bacalah selalu setiap kali selepas salam dalam solat mu. Subhanallah (maha suci Allah) 33x. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) 33x. Allahu Akbar (Allah Maha Besar) 33x. Nescaya ia akan menggugurkan dosa-dosamu di masa lalu dan engkau akan mendapat keampunan (Maghfirah) daripada Allah Azzawajalla" - (Hadis Riwayat Muslim : 418)


Sekian. Wassalam.

Rujukan: Syarah Zikir Munajat (Dr Badrul Amin)


Label:

Jun 07, 2018

Tawakkal


Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya - Al Talaq: 2 & 3

Sekian. Wassalam.
#whitebarleyphoto (lokasi : Pontian, Johor)

Label:

Jun 05, 2018

Berzikir Dengan Nama Mu


Allah SWT mempunyai nama-nama yang baik, yang diistilahkan dalam Asma'ul Husna.
Nama-nama itu ada 99.
  • Allah
  • Ar Rahman - Maha Pengasih
  • Ar Rahim - Maha Penyayang 
  • Al Malik - Maha Merajai
  • Al Quddus - Maha Suci
  • As Salam - Maha Sejahtera
  • Al Mu'min - Maha Memelihara Keamanan
  • Al Muhaimin - Maha Memelihara
  • Al Aziz - Maha Mulia
  • Al Jabbar - Maha Perkasa
  • Al Mutakabbir - Maha Megah
  • Al Khaliq - Maha Pencipta
  • Al Bari' - Mana Pembuat
  • Al Musawwir - Maha Pembentuk
  • Al Ghaffar - Maha Pengampun
  • Al Qahhar - Maha Menguasai
  • Al Wahhab - Maha Pemberi
  • Ar Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
  • Al Fattah - Maha Membukakan
  • Al 'Alim - Maha Mengetahui
  • Al Qabidh - Maha Penggenggam
  • Al Basith - Maha Meluaskan / Melapangkan
  • Al Khafidh - Maha Menjatuhkan
  • Ar Rafi' - Maha Meninggikan
  • Al Mu'izz - Maha Memuliakan
  • Al Muzil - Maha Menghinakan
  • As Sami' - Maha Mendengar
  • Al Basir - Maha Melihat
  • Al Hakam - Maha Menetapkan Hukum
  • Al Adl - Maha Adil
  • Al Latif - Maha Halus / Maha Lembut
  • Al Khabir - Maha Bijaksana
  • Al Halim - Maha Penyantun / Penyabar
  • Al Azim - Maha Agung
  • Al Ghafur - Maha Pengampun
  • As Shakur - Maha Mensyukuri
  • Al 'Aliy - Maha Tinggi
  • Al Kabir - Maha Besar
  • Al Hafiz  - Maha Pemelihara
  • Al Muqit - Maha Mencukupkan
  • Al Hasib - Maha Penjamin / Penghitung
  • Al Jalil - Maha Luhur
  • Al Karim - Maha Pemurah
  • Ar Raqib - Maha Mengawasi
  • Al Mujib - Maha Mangabulkan
  • Al Wasi' - Maha Luas
  • Al Hakim - Maha Bijaksana
  • Al Wadud - Maha Menyintai
  • Al Majid - Maha Mulia
  • Al Ba'its - Maha Membangkitkan
  • As Syahid - Maha Menyaksikan
  • Al Haq - Maha Haq atau Benar
  • Al Wakil - Maha Memelihara
  • Al Qawiy - Maha Kuat
  • Al Matin - Maha Teguh
  • Al Waliyy - Maha Melindungi
  • Al Hamid - Maha Terpuji
  • Al Muhsi - Maha Menghitung
  • Al Mubdi - Maha Memulai
  • Al Mu'id - Maha Mengembalikan
  • Al Muhyiy - Maha Menghidupkan
  • Al Mumit - Maha Mematikan
  • Al Hayyu - Maha Hidup
  • Al Qayyum - Mana Berdiri Sendiri
  • Al Wajid - Maha Menemui
  • Al Majid - Maha Mulia
  • Al Wahid - Maha Esa
  • Al Ahad - Maha Tunggal
  • As Somad - Maha Diperlukan
  • Al Qadir - Maha Berkuasa
  • Al Muqtadir - Maha Menentukan
  • Al Muqaddim - Maha Mendahulukan
  • Al Mu'akhkhir - Maha Mengakhirkan
  • Al Awwal - Maha Awal
  • Al Akhir - Maha Akhir
  • Az Zahir - Maha Nyata
  • Al Batin - Maha Tersembunyi
  • Al Wali - Maha Memerintah
  • Al Muta'ali - Maha Tinggi
  • Al Barr - Maha Memberi Kebajikan
  • At Tawwab - Maha Menerima Taubat
  • Al Muntaqim - Maha Membalas
  • Al Afuww - Mana Pemaaaf
  • Ar Ra'uf - Maha Belas Kasih
  • Malikul Mulk - Maha Mengusai Kerajaan
  • Zul Jalali Wal Ikram - Maha Memiliki Keagungan & Kemuliaan
  • Al Muqsit - Maha Mengadili
  • Al Jami' - Maha Menghimpun
  • Al Ghani - Maha Kaya
  • Al Mughni - Maha Memberi Kekayaan
  • Al Mani' - Maha Mencegah
  • Ad Dhar - Maha Memudaratkan
  • An Nafi' - Maha Memberi Manafaat
  • An Nuur - Maha Bercahaya
  • Al Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
  • Al Badi' - Maha Pencipta Yang Baru
  • Al Baqi - Maha Kekal
  • Al Warits - Maha Mewarisi 
  • Ar Rasyid - Maha Pemberi Petunjuk
  • Aa Sobur - Maha Penyabar

Allah mempunyai Asma'ul Husna (nama-nama yang agung dan baik, sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka mohonlah kepada Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu - Al A'raf: 180

Sekian. Wassalam.
#whitebarleyphoto

Label:

Jun 04, 2018

Doa Di Akhir Ramadhan

Assalamualaikum. 
Kita sudah pun sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan.  Jom baca doa ni banyak-banyak.


Moga dengan izin-Nya kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar...aamiin....aamiin.

Sekian. Wassalam.

pic: google









Label:

Jun 03, 2018

Orang Minyak

Assalamualaikum
Bila bercerita pasal orang minyak, janganlah bayangkan orang hitam berminyak dalam cerita P.Ramlee.

Orang minyak zaman sekarang boleh jadi juga orang-orang yang menggunakan essential oils. Ala-ala mak minyak gitu.


Saya pernah bercerita tentang Young Living Essential Oils pada tahun lalu. Memang tidak dinafikan, harganya agak mahal, tapi khasiatnya memang berbaloi-baloi. Sesuailah dengan kualitinya.


Ada orang kata, minyak (young living essential oils) ni hanya untuk dihidu. Tapi sebenarnya minyak ni boleh juga dimakan, disapu dan di -diffuse. Aromanya memang mantop.

Ada perbagai jenis minyak dan setiap satu ada fungsi dan khasiatnya yang tersendiri.

Petang tadi, gatai tangan pulak nak buat video pasal koleksi minyak yang ada.
Hasilnya ada kat bawah nih...


Jom..mari kita ramai-ramai berkenalan dengan essential oils dari young living ni.
Orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta.
Kalau dah cinta, tunggu apa lagi. Beli ler...
Akak sedia menolong.

Sekian. Wassalam.
#whitebarleyphoto
#younglivingessentialoils
#makminyak

Label:

Jun 02, 2018

17 Years And Still Counting

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
Hari ini Akak dan Mr Hubby meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 17.

Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke jannah....aamiin

To love and to be loved by someone you love is everything - unknown

 Sekian. Wassalam.

Pic: source (edited by fida)


Label:

Mei 30, 2018

Kuih Kuba Guling

Assalamualaikum

Baru-baru ni heboh tentang kuih yang bernama 'kuba guling' atau kerbau guling. Orang kata, kuih ni berasal dari Thailand.
Tak tau la kenapa namanya kuba atau kerbau guling. Mungkin kerana warnanya  hitam dan harus diguling-guling dalam kelapa parut sebelum dihidangkan.

Macam ni la rupa kuih kuba guling atau kerbau guling tu.
Kerdit : Sumber
Sebenarnya Akak tak pernah rasa lagi kuih ni. Cari-cari kat pasar ramadhan, tak jumpa la pulok. Ada orang kata, rasanya macam kuih kaswi.

Nak buat sendiri, rasa macam susah (haha...alasan).
Bila tengok bahan-bahan, rasa senang cari, kecuali tempurung bakar. Rasanya..... tempurung bakar tu benda wajib untuk memberi efek hitam pada kuih. Kalau letak warna lain, contohnya warna hijau, tak jadilah kuih kuba atau kerbau guling. Ada kerbau warna hijau?

Ni resipi yang saya ambil dari blog : www.rasa.my
Kalau berminat boleh try.

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih
  • 1 liter air (atau lebih sedikit) - bergantung pada kepekatan
  • Secubit garam

Cara memasak:
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati. 
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  • Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


Ok. Selamat mencuba.
pastikan jadi kuih tau, .....jangan jadi macam ni pulak.

Kredit: Sumber

Sekian. wassalam.


Label:

Mei 29, 2018

Ke Mana Di Mana


All about memories....


Masa yang lepas 
Tak akan kembali
Kisah yang berlalu 
Tak kunjung lagi

Ke mana di mana
Hati ku merayu
Serupa dengan mu
Tak akan bertemu

Walaupun bertahun ku cari
Tiada gantinya
Hanya kenangan sahaja
Turut menjelma

Menangis kalbu ku bertanya
Hilang ke mana
Mungkin kah sunyi akhirnya
Untuk selamanya

Hendak ku ikut rasa takut binasa
Ingin ku bermanja dikau tiada

Hanyalah yang tinggal
Kenangan bersama
Hilang mu ku tanya
Ke mana di mana

Penyanyi asal : Ahmad Jais


Bila member share video ni kat wa group, rasa nostalgia sangat.
Lagu Ahmad Jais lagi ....gigih akak nak google lirik dia :)

Bila dah dekat nak raya ni, makin rindu lah kat kampung. Mesti terkenang-kenang zaman dulu. Zaman bermain dengan kawan-kawan masa kecik, naik motor dengan abah pusing-pusing kampung, pergi sekolah (bersama geng bas sekolah),  tolong mak masak, lepas tu bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran dan macam-macam lagi. Tu belum lagi yang terkenang-kenang Endut lama...haha
Nota: Endut adalah panggilan untuk pak we atau mak we (baca: boyfriend or girlfriend).

Apa kenangan masa kecik korang yang paling best?

Sekian. Wassalam.

Al fatihah untuk arwah Emak dan mereka yang telah pergi mendahului kita.

Kredit: fb hati kampung, fb pesan bonda, Poji
Baca lagi »

Label:

Mei 27, 2018

Surah Al-A'la



Terjemahan:

1. Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi
2. Yang menciptakan, lalu menyempurnakan (ciptaan Nya)
3. Yang mengatur keadaan makhluk-makhluk-Nya dan memberi petunjuk
4. Dan yang menumbuhkan rumput-rumput.
5. Lalu dijadikan (rumput-rumput) itu kering kehitam-hitaman
6. Kami akan membacakan (al-Quran) kepada mu (Muhammad) hingga engkau tidak akan lupa
7. Kecuali jika Allah yang mahukannya. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.
8. Dan kami akan memudahkan bagi mu ke jalan kemudahan (dunia dan akhirat)
9. Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanafaat.
10. Orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.
11. Dan orang yang celaka (tidak beriman) akan menjauhinya.
12. Dialah orang yang akan menderita dibakar api neraka yang amat besar (azab siksanya)
13. Selain itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak juga hidup senang.
14. Sesungguhnya, beruntunglah orang yang menyucikan diri dengan beriman.
15. Dan menyebut dengan lidah dan hatinya (nama Tuhan Nya) lalu mengerjakan solat.
16. (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.
17. Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya ini ada (dinyatakan) dalam kitab-kitab yang terdahulu.
19. Iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


Al A'la bermaksud yang paling tinggi.
Surah ini adalah surah yang ke 87 dalam kitab suci Al-Quran. Surah ini termasuk dalam surah Makiyyah dan mempunyai 19 ayat.

Surah ini  memerintahkan  umat manusia untuk banyak bertasbih menyebut nama Allah, kerana itulah pangkal keuntungan di dunia dan akhirat.

Surah Al A'la juga menegaskan tentang azab hari akhirat serta ganjaran syurga. Kesemua ini pernah dinyatakan dalam kitab-kitab yang terdahulu, yang pernah diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.



Sekian. Wassalam.

Rujukan:
Tafsir Al Quran Al Karim (Mu'jam) - Karya Bestari
Al Quran Pertamaku (Juzuk Amma) - Ustaz Hj. Asril Ibrahim

Gambar : madrasatulhudateratai.blogspot.com


Label: