Oktober 05, 2017

Lontong Darat vs Buaya Darat

Assalamualaikum

Perbezaan antara lontong darat dengan buaya darat:

  • Lontong darat, menyesal tak cuba. Kalau buaya darat, menyesal kalau jumpa.
  • Lontong darat, buat sarapan pun sedap. Tapi kalau jumpa buaya darat, 'habislah' kita yang di-ngapp.
  • Lontong darat, kita duduk diam-diam makan sampai licin. Tapi buaya darat, tak boleh duduk diam kalau nampak si dahi licin.
  • Lontong darat, ada yang makan dengan sambal paru. Kalau buaya darat, yang kecik, yang besar, yang tinggi, yang rendah semua dia 'sapu'.
  • Lontong darat, lauk pauknya membuka selara. Buaya darat pulak, lentok gayanya selalu menggoda.
  • Lontong darat, tak semua tempat ada. Kalau buaya darat, tak kira tempat cari mangsa.
  • Lontong darat, tak sah kalau tak ada nasi impit. Buaya darat, tak sah kalau tak menghimpit.
Lontong darat di Seksyen 3, Bangi
  • Lontong darat, sedap dimakan dengan rendang hati dan sambal sotong. Kalau buaya darat, si mangsalah yang makan hati berulam jantung.
  • Lontong darat, makan selalu boleh gemuk. Jumpa buaya darat, kalau boleh rasa nak hempuk.
  • Kehebatan lontong darat terletak pada sambal kacangnya. Kehebatan buaya darat pulak, terletak pada ayatnya yang power.....huhu...hati-hati uolls... :D


Nota kaki: Lontong darat atau lontong kering  adalah makanan yang popular di Johor. Ia adalah campuran nasi impit dengan pelbagai lauk seperti rendang, sambal jawa, sambal kacang, sambal udang/sotong, paru, serunding kelapa dan macam-macam lagi. Biasanya dijual di waktu pagi untuk sarapan. Buaya darat?...korang google lah sendiri

KBai

pic: google
credit: buk rin & juli

12 ulasan:

  1. buaya darat pun suka makan lontong darat..

    BalasPadam
  2. buaya darat x boleh dimakan hahaha

    BalasPadam
  3. Haha...kelakar lah kak Fidah. Lontong darat kena cari, buaya darat x cari pun datang. Tp mmg sedap. Lama x makan.

    BalasPadam
  4. Lontong darat ,ada yg panggil lontong kering.
    Betul tu buaya darat pun makan lontong darat:-)

    BalasPadam
  5. BERBEZA SGT KEDUA-DUANYA TU POSITI N NEGATIF

    BalasPadam
  6. Harap tak terserempak dengan buaya darat..
    Mengharap makan lontong darat..
    Tapi di mana yaaa...

    BalasPadam
  7. Lama tak pekena lontong darat ni. Buaya darat pun lama dah tak jumpa, eh :D

    BalasPadam
  8. pernah makan di medan MARA..mmg sedap..ada sambal paru lg best!!

    BalasPadam
  9. hahaha letih gelak. hilang stress keje jap. you made my day. haha 😂

    BalasPadam
  10. Sedapnya lontong....teringin pulak nak makan. Tak kisahlah lontobg laut ke lontong darat.

    Buaya darat tak mau!takooottt...

    BalasPadam
  11. lontong darat? lontong laut tu yang camne plak? yang mambang kuning2 tu yang lemak2 tu eh? huhu

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut