September 29, 2017

Semusim Di Mahsyar

Assalamualaikum

Kau letakkan Tuhan di tempat yang tertinggi saat kau payah, dan kau letakkan Dia di tempat terakhir saat kau bahagia. Di mana rasa malu mu?
Asyik baca buku musim bunga aje, apa kata sekali sekala tukar musim pulak.
Best jugak baca buku ni.

Sinopsis cerita:
Iqlima Salsabila, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan pemindahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kafan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana masih hidup.

Apakah yang dilaluinya sepanjang 5 hari dia berada di alam kubur?
Bagaimanakah suasana yang dijalaninya sepanjang dia berada di alam misteri sehingga dia merasakan hampir beribu tahun lamanya dia bersemadi.
.....kalau nak tahu, kenalah baca cerita ni.

Tanah itu....adalah dirimu. Kamu akan kembali menjadi debu
Akak bagi 4.5 bintang :)
Best dan menginsafkan
"Musim bunga bukan selamanya. Bersediakah kita menuju perjalanan abadi?" - kata-kata ala pujangga dari penulis buku Musim Sejuta Warna (Rin Azrina).

Apakah kau merasakan dunia ini segala? Waktu yang kau tunggu bakal tiba. Hari ini akan berakhir esok. Esok akan berakhir dengan lusa. ....dan lusa...belum tentu kau ada waktunya

Sekian. Wassalam.

#semusimdimasyar
#salamjumaat
#perjalananabadi
#ceritayangmenginsafkan







16 ulasan:

  1. Tgk tajuk je dah buat tertanya2 apa isi dalamnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita pasal di alam 'sana'..
      #makinsaf

      Padam
  2. Uish..cover dan tajuk pun dah buat meremang bulu roma

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku anak akak ni...
      Kalau mak dia beli buku cintan cintun aje..

      Padam
  3. menarik...teringin nak membaca sampai habis

    BalasPadam
  4. menarik..nak tau mcmana penulis menggarap kisah2 di alam baqa'..

    BalasPadam
  5. Mcm best je cite ni? Ade jual kt mph x?

    BalasPadam
  6. Boleh jadi insaf ni baca cerita ni.. menarik.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut