September 19, 2017

Ke Mana Nak Lari?

Assalamualaikum.

Kalau orang Bangi, kat mana lagi nak lari-lari kalau bukan di Tasik Cempaka. Sebenarnya ada beberapa tempat lain, tapi Akak suka pergi sini. Kiranya, ini adalah antara aktiviti hujung minggu.

Walaupun dah ada beberapa entri/post cerita pasal tasik ni, nak jugak tulis lagi. 

Tak kan la nak upload gambar Akak buat senam-robik atau poco-poco pulak. Ada yang muntah darah nanti :D

Macam biasa, sambil lari-lari anak kat sana (90% jalan aje sebenarnya), Akak suka ambik gambar. Terlajak rajin, adalah quotation kat situ. Tapi quotation tu tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, cuma nak sesuaikan dengan gambar.

Bukan senang nak jumpa burung jenis ni. Tu pun ada sekor aje. Nasib baik tak lari masa gambar dia kena ambik.


Sky above, earth below, peace within
Ni pemandangan dari tepi tasik. Nampak tenang, aje. Dan ada orang kata, kita tak pernah jangka apa yang ada disebalik air yang tenang, sampailah keluar buaya...😅😅😅


Anak-anak......, ini bunga teratai ya.
Punyalah akak excited nak ambik gambar bunga yang tengah kembang kat tepi tasik dengan pelbagai gaya dan posisi. Kalau ada orang tengok mesti kata "apa lah mak cik ni tengah buat"...huhu
Untuk otai2, gambar bunga ni tak ada kaitan dengan lagu Teratai Layu nyanyian kak Jee Latip.


Reflection
Quotation tu memang sengaja diletakkan di tengah-tengah gambar untuk menerangkan tentang 'reflection', selain dari untuk menutupi kesan-kesan sampah yang ada....haha


Life isn't black and white. It's a million grey areas. Don't you find? - Ridley Scott
Hidup bukan hanya ada warna hitam putih...tapi ada berjuta kawasan warna kelabu. Kau jumpa tak?...(direct translation 🤣).


Sekian. Wassalam














19 ulasan:

  1. jalan2, amik angin, snap gambar... rs indahnya duniaku ini ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantiknya bangi...lihatlah doniaa...:)

      Padam
  2. cantik pemadangan bangi nih., ;p

    BalasPadam
  3. cantik..sesuai dgn quotation..kreatif..

    BalasPadam
  4. Sebab bukan orang Bangilah maka tak tahu mana letaknya Tasik Cempaka ni hihi...

    Rajinnya lahai awak berlari lari anak FS. Saya berjalan jalan santai di mall ajelah nampaknya hihi...

    Nampak gayanya nak tukar profession jadi photographer ni, cubalah hantar mana mana foto competition FS, manalah tau ada rezeki menang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lari2 la jugak...teman anak2 nak gi sana.
      Jauh lagi perjalanan nak tukar profession tu...ambik gambar pun pakai camera handphone aje

      Padam
  5. tenang je pemandangan sini. suka tengok. rupanya teratai boleh tumbuh bukan dalam air jgak, ye ke? (sebab tengok gambar teratai tu kat darat).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dia orang bersihkan kawasan tasik tu dan bawan bunga ke tepi tasik. Tapi bunga tu masih ada kat kawasan lumpur.

      Padam
  6. puitis sungguh quote ridley scotts tu

    BalasPadam
  7. suka saya tengok gambar burung tu...
    best grid & best angle.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Padin..
      Kembang la hidung akak hari ni :D

      Padam
    2. "if you're shooting something in motion, leave free space in front of it- this way your pic will have a more dynamic feel to it"...yes, i feel it!

      Padam
  8. pandai akak tangkap gambar.suka yang bunga teratai tu, cantik pink dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan dan bunga berpisah tiada...
      Akak suka pink jugak

      Padam
  9. Tenang suasana sekitar tasik..
    Cantik pemandangan kat sana Fidah Shah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...suka pemandangan kat situ..
      Thanks LZ

      Padam

Google+ Followers

Pengikut