September 09, 2017

Japanese Korokke....Bukan Begedil Biasa

Assalamualaikum..
Nama pun lain.....haruslah bendanya pun lain.
Tapi hampir serupa, namum tak sama.



Cara pembuatannya hampir sama dengan begedil, tapi sedikit berbeza sebab Japanese Korokke ni disalut dengan serbuk roti (bread crumbs).


Jom tengok resipi:
  • 4 ke 5 biji kentang
  • 150gm daging kisar
  • Sebiji bawang merah sederhana besar dan 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 pokok daun sup / daun bawang
  • Garam seukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis (saya suka suki tambah)
  • 3 sudu bawang goreng (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur ayam
  • Cheese (saya guna mozzarella) - optional. Untuk diletak dalam korokke / croquette / 'begedil'
  • Serbuk roti (bread crumbs) dan tepung gandum - anggaran 1 cawan setiap satu (untuk salut korokke / croquette / 'begedil')
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  • Rebus kentang. Dah empuk/lembut, toskan. Lepas tu lecek halus.
  • Panaskan kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan daging. Masukkan garam dan serbuk lada hitam (nak tambah serbuk kayu manis sebagai perisa tambahan ok jugak).
  • Bila daging dah masak, masukkan ke dalam bekas kentang lecek tadi.
  • Campurkan daun sup / daun bawang. Campur juga bawang goreng (optional). Gaul rata.
  • Ambik sedikit bahan tadi, leperkan. Bahagian tengah masukkan cheese (macam kita masukkan inti kalau buat kuih cucur badak :D). Kemaskan.

  • Dah siap dibentuk, salut dengan tepung. Lepas tu celup kat dalam telur. Lepas celup kat telur, salutkan dengan serbuk roti (bread crumbs).
  • Goreng sampai kekuningan dan hidangkan.

Sekian. Wassalam

Rujukan: www.thespruce.com, www.manumenus.com

#whitebarley
#japanesekorokke
#croquette
#dietkelautadamakkisah






4 ulasan:

  1. sy, time bln puasa selalu gak laa beli kat AEON.. mkn panas2 mmg best x terasa kemasinannya (kdg2)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada eh kat AEON...kena carik ni.
      Thanks Anies

      Padam
  2. Sedapnyaaa FS.... bergedil ni one of myfaveret tau FS tp tulah... entah kenapa agaknya malas betul nak buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat Mak..sedap jadi mknn kudap kudapan

      Padam

Google+ Followers

Pengikut