September 04, 2017

Churros...Bukan Sekadar Tepung Goreng

Assalamualaikum
Al kisahnya saya terlupa nak beli churros yang dikirim oleh anak saya tadi.
Nak keluar balik...malas la pulak.

Churros and caramel sos

Jadi, mak pun goggle2 la resipi.
Dan terjumpalah resipi ni di www.malayadaily.com
Nampak macam tak berapa susah nak buat. Apa lagi, buat ler
Dapatlah dijadikan sajian untuk minum petang :D

Macam biasa, saya nak tepek resipi kat sini supaya senang nak refer balik kalau-kalau nak buat lagi...(kalau...)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan air
  • 1 1/4 tepung gandum
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula icing atau serbuk kayu manis (cinnamon powder). Ni nak tabur atas churros
  • Piping bag dan nozzle bintang (star nozzle)

Cara-cara:
  • Masukkan air, butter, garam dan gula ke dalam periuk/kuali. Didihkan.
  • Lepas tu, tutup api. Masukkan tepung. Tengah panas-panas tu, gaul rata.
  • Masukkan telur. Gaul sebati.
  • Bila dan suam-suam, masukkan doh dalam piping bag. Tekan dan ikutlah panjang mana yang korang suka. Lepas tu potong dengan pisau. 
  • Panaskan kuali. Goreng sampai masak / kekuningan.
  • Dah masak boleh angkat. Lepas tu boleh la nak tabur dengan gula icing (icing sugar) atau serbuk kayu manis (cinnamon powder). Nak letak keduanya pun boleh.
Nak jugak tunjuk tapis hijau Mak....Banyak berjasa tu :D

Tengah nak makan tadi anak saya, Afiq tanya. 
"Ma...kalau beli kat kedai kan ada sos. Kenapa mama tak buat sos?"...
Alahai...

Jadi, mama pun kenalah buat sos / dip.
Nak buat coklat dip sos tak cukup bahan. Jadi saya buat caramel sos. Tu pun tak cukup bahan sebenarnya...haha...

Nak buat pun seciput aje. Express pulak tu..huhu
Bahan2 pun, apa yang ada kat rumah aje lah.
Ni resepi mak sesuka hati. Sila google untuk mendapatkan resipi sebenar :D

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 sudu air
  • 4 sudu gula
  • 3 sudu susu cair (kalau nak effek lebih mewah, boleh guna whipping cream).
  • 1 sudu butter
  • Sedikit garam (siket aje taw).
  • Sedikit essen vanila (1 titik cukup)

Cara-cara:
  • Panaskan air dan gula. Masukkan butter. Masukkan garam.
  • Campurkan susu cair.
  • Titikkan essen vanila.
  • Api kecik. Sentiasa kacau...takut hangus lak karang.
  • Bila dah pekat, tutup api. Masukan dalam bekas. Hidangkan.
Abaikan rupa bentuk yang tak sekata tu. Mak tak biasa bermain-main dengan nozzle dan piping bag. Dapat pegang setahun sekali pun dah cukup bagus...:D

Sekian. Wassalam.





20 ulasan:

  1. Inilah resipi yang ku cari. Sedap sangat churros ni. Kat kampung panggil kuih belimbing...hehe

    Thanks share resipi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Naimah.
      Saya pun baru2 nak belajar.

      Padam
  2. alhamdulillah, sedap churos nih, tq untuk resepinya

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sekali sekala bertukar selera...hihi
      Thanks Raihanah

      Padam
  4. PANDAI FIDAH BUAT CHURROS...KALAU RAJIN APAPUN JADI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru2 nak belajar Kak...
      Nasib baik jadi :D
      Thanks Kak PI

      Padam
  5. Wahh.. dah boleh buka kedai ni hehee.. bestnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      Dah bukak kedai jangan tak datang beli pulak..:D
      Thanks KK

      Padam
  6. sedapnya...semuanya homemade, terbaikkk..
    pernah beli, oily sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau google2...ada yg versi bakar. Tapi yang goreng lagi biasa jumpa.
      Thanks Sis Nohas

      Padam
  7. Dah boleh jual..

    Churos.

    First time dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la beli nanti :D
      Thanks Bro HB

      Padam
  8. sedap churros. bahan2 ada semua ni. boleh lah buat. tq share resepi. nak cuba nanti insyaaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lah Ain...bahan2 dia pun senang cari..

      Padam
  9. Rajinnya Fidah buat churros sendiri. Siqah kalau teringin pergi beli je. Yang paling sedap for me adalah di The Street Churros kat Empire. Ada gak branch kat mall lain :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya beli aje...ni sebab malas nak keluar balik...hihi
      Boleh cuba jugak the street churros ni..
      Tq Siqah

      Padam
  10. 2 org anak dara kat rumah ni pernah buat FS. Menjadilah jugak. Sampai puaslah makan hihi....Mak, kalau diaorang kat dapur, mmg malas nak campur hihi...biar diaorg settle.

    Lepas ni nampaknya tak lakulah kedai churos kat luar sana ek hihi

    BalasPadam
  11. sedap dah tu wpn tanpa sos... bg tekak sy laa kn plak dpt mkn panas2 fuhhhhh nikmat duniawi ;-)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut