September 17, 2017

Bun In A Cup


Assalamualaikum
Macam nak buat kelainan, jadi cubalah resipi ni.
'Bun in a cup'...

Kalau kek dalam cawan orang panggil cup cake, bun dalam cawan (kertas) ni, tak ada pulak orang nak panggil cup bun....
So saya panggil aje lah 'bun in a cup'.

Bun kacang merah

Macam biasa, nak tepek resipi kat sini supaya senang nak refer.
  • 3 cawan tepung high protein (tepung roti)
  • 240 ml air. Kalau nak tambah telur (satu biji), adjust jumlah air. Pastikan total 'cecair' 240 ml.
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • Bahan hiasan: telur, cheese dan bijan

Cara-cara:
  • Masukkan yis ke dalam air
  • Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan kecuali air dan yis. Lepas tu, barulah tambahkan yis (yang telah dicampurkan dengan air)
  • Ulilah dengan tenaga 4 kerat. Kalau guna bread maker, gunakan function 'dough' dan boleh duduk goyang kaki sampai adunan siap dibancuh (ikut arahan bread maker masing2..huhu)
  • Setelah adunan rata, rehatkan doh hingga kembang (anggaran 2x ganda dari saiz asal), uli atau tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  • Setelah itu, ulilah dengan penuh kasih sayang sehingga licin. Ambik sedikit adunan (anggaran besar sedikit dari bola ping pong. Bukan bola sepak atau bola tampar. Leperkan. Masukkan inti. Kemaskan
  •  Masukkan ke dalam cup. Tunggu dalam 40 minit atau adunan menjadi 2x ganda.
  • Sebelum bakar, sapukan telur dan letak cheese/ bijan di permukaan roti.
  • Lepas tu bolehlah bakar dengan suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing)

Bun....pandangan dari sudut atas katanya :)

Nota : Untuk inti, separuh adunan saya letak inti sardin dan separuh lagi inti kacang merah.

Untuk inti kacang merah, boleh beli yang dah siap kat kedai-kedai menjual bahan roti dan kek. Jadi, boleh jimat masa. Tak payah nak rebus kacang bagai...huhu

Untuk inti sardin, keluarkan sardin yang sendat dan padat dari dalam tin. Hancurkan dan adjustlah mengikut citarasa.

Gambar atas: Yang atas ada cheese tu inti sardin dan yang kat atas ada bijan putih tu inti kacang merah.

Ni first time buat, rupa bentuk pun kurang memberangsangkan lagi. Banyak yang nak kena belajar.
Lagi satu, Cikgu saya kata, roti bun ni, nak uli dia pun mesti dengan kesabaran dan kasih sayang...
Uli kena sampai lembut dan licin, barulah hasilnya gebu gebas...
Version yang ni kira belum cukup gebu lagi la....haha


Adunan ini boleh dapat 12 ke 14 biji bun.
Ok. Itu aje resipi kali ni.
Selamat hujung minggu.
Sekian. Wassalam.

Hulurkan padaku secawan kopi, manisnya bergulakan realiti. Hulurkan padaku sekeping roti, tapi jangan bermentegakan mimpi - Sani Sudin

#fidahshah
#whitebarley
#makansikettakgemuk



4 ulasan:

  1. comel "bun in a cup" rupanya. "cup bun" macam tak sedap bunyi kot hihi. tq share resepi. bila2 free nak buat lah.

    BalasPadam
  2. Lama dah tak membaking FS....lama sangat. Yeast pun lama tak beli. Yeast yg ada harus dah keras agaknya ....Kena tunggu sawan mai rasanya ni baru boleh membaking balik hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pulak sebab ada banyak tepung ...expired nanti sayang pulak.
      Masa beli,..ingat anak 12 orang :D

      Padam

Google+ Followers

Pengikut