Ogos 25, 2017

Tergelincir Dari Landasan

Assalamualaikum

Andai tergelincir dari landasan, jalan manakah yang harus kita pilih?......


Tak semua hari berlalu indah.
Kadang-kadang terjadi perkara yang tidak diduga.

Itulah yang berlaku pada sebuah tren/keretapi kargo yang telah tergelincir di KM386.9 (laluan antara Stesen Kuala Lumpur - Kepong) pada pagi Isnin yang lalu. Kejadian itu telah menyebabkan tren komuter beroperasi menggunakan hanya SATU LANDASAN dari KL Sentral hingga ke Kepong. Ini juga telah menyebabkan jadual laluan komuter ke semua arah terganggu selama beberapa hari.

Dan...apabila terganggunya jadual perjalanan komuter, apakah pilihan yang rakyat marhaen ini ada?

Di sini saya cadangkan beberapa alternatif khas untuk pengguna KOMUTER tegar dari Bangi yang menuju ke bandaraya Kuala Lumpur (sekiranya kejadian yang sama berlaku lagi...harapnya tak ler).
Antara alternatif yang ada:

  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan. Tukar tren LRT STAR di Stesen Bandar Tasik Selatan dan berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya.


  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kajang. Tukar ke MRT di Kajang dan berhenti di Stesen Merdeka (MRT). Selepas tu tukar ke tren LRT STAR di Stesen Plaza Rakyat dan boleh lah berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya (atau mengikut destinasi masing-masing)


  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kuala Lumpur atau Stesen Bank Negara. Selepas tu anda boleh meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan.


  • Bawaklah kereta masing-masing untuk sampai ke destinasi.


  • Cuti aje lah (untuk sesiapa yang kerja). Boleh la duduk rumah sambil layan drama Korea, sineteron, telenovela atau baca buku cerita.

Sekian. Wassalam.
Pic: google

#komuter
#whitebarley






7 ulasan:

  1. hehe tergelak baca cadangan last tu :D kalau berhari hari, naya dibuatnya

    hanisamanina.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu berani buat sehari aje..hihi
      Thanks hanis

      Padam
  2. sekali sekala boleh la untuk tidak bekerja..

    lama-lama dapur gas tak berasap hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuti sehari aje..tu pun bukan sebab komuter.. :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut