Ogos 29, 2017

Aku, Dia dan Mi Bandung

Assalamualaikum


Hari ni berlari-larian balik rumah sebab nak masak untuk anak-anak (katanya....).
Hasil dari masakan tadi....Mi bandung Muar.. :)

Wikipedia kata, mi ni dinamakan mi bandung kerana konsepnya yang bercampur campur. Macam air sirap bandung. Air tu adalah campuran sirap dan susu. Maka, jadilah dia sirap bandung.

Sama jugak macam mi bandung.
Konsepnya adalah campuran mi, pelbagai perencah dan telur. Jadilah mi bandung....tu wikipedia yang bagi tau ya.
Cik Wiki juga ada menyatakan bahawa mi bandung tidak ada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia.

Tapi nak masak mi bandung memang senang kalau ada perencah ni. Boleh cuba kalau tak percaya.


Cuma perlu masukkan air dalam kuali, masukkan perencah, lepas tu letak la apa nak letak....ayam, daging, seafood, sawi, carrot atau apa saja mengikut selera.
Bila dah mendidih, letak la telur. Bila dah masak dan masuk time nak makan, hidang kan kat pinggan bersama mi (yang telah dicelur). Siap.

Untuk yang dah start berpuasa sunat sempena bulan Zulhijjah, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Bila cerita tentang bulan Zulhijjah, kemuncaknya adalah wukuf di Arafah dan menunaikan fardu haji.

Seperti yang kita selalu dengar, waktu wukuf adalah antara waktu yang terbaik untuk berdoa.

Berdasarkan perkongsian sahabat-sahabat di whatsapp, ada 2 pendapat tentang waktu berdoa.


Kenyataan dari Ustazah Fatimah (Rayhar Travel)...beliau ada menyatakan tentang waktu mustajab doa, tapi waktu yang dinyatakan dalam ceramahnya adalah waktu di Arafah. 

Untuk kita yang berada di Malaysia, teruskan berdoa. Tak rugi kalau kita mengambil peluang keemasan ini.

Kenangan tahun lalu di bumi Arafah, kami di suruh berdoa dari bermula waktu wukuf hinggalah nak masuk waktu Maghrib.
Dan masa selepas waktu Asar, kami semua disarankan keluar dari khemah masing-masing. Duduklah tepi khemah, bawah pokok atau dimana saja.....janji dapat menadah tangan ke langit dan terus berdoa.
Subhanallah..itulah masa paling best.

Semoga segala hajat dan cita-cita kita tercapai. Moga segala urusan kita juga dipermudahkan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#fidahshah
#whitebarley
#kenangandiarafah
#senjatamukmin
#malaysiaboleh





13 ulasan:

  1. lamanya tak makan mee bandung...sedapnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faveret saya ni..
      Thanks Sis Fuzy :)

      Padam
  2. waaah senang dala gini.. bebila boleh masak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..senang..
      Letak semua dlm kuali..siap
      Thanks Siti :)

      Padam
  3. Lagi senang pegi kedai order satu.
    Kalau sedap bungkus lagi satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugak idea ni...haha.
      Tapi kena order untuk askar2 kat rumah sekali :)

      Padam
  4. selamat hari raya aidiladha
    maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidiladha Lynn
      Maaf zahir & batin

      Padam
  5. peluang saya nak berdoa nie...

    doa untuk keberkatan hidup dan bertambah seorang lagi..tambahkan amanah dan tanggungjawab..

    semoga diberi kekayaan dan kemampuan

    aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua diberikan keampunan, kekayaan dan dimudahkan segala urusan dunia serta akhirat....aamiin

      Padam
  6. suka makan..walaupun hidug tak tahan. Mi bandung selalu diletak udang kering.

    BalasPadam
  7. Mee bandung Muar sedap!! Baru balik dari Muar tapi tak sempat makan mee bandung sana..

    BalasPadam
  8. tetiba rs mcm dah berkurun x mkn mi bandung muooooo

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut