Julai 19, 2017

Apa Ada Dengan Kucing


Apa tengok-tengok?

Hitam itu menawan

Benarkah putih lambang kesucian?

Anak kucing kelabu jugak yang cute


Assalamualaikum
Gambar-gambar kat atas tu semuanya gambar kucing depan rumah. Suka sangat gambar kucing yang first sebab ekspresi muka kucing tu sangat sendu dan penuh tanda tanya...haha.
Saja nak tepek gambar-gambar tu kat sini buat kenangan..

Sebenarnya keluarga saya tak ada pun bela kucing. Semua tu kucing-kucing yang datang rumah dan tak tau lah ada tuannya atau tidak. Cuma anak-anak saya rajin bagi makan kat kucing-kucing tu, jadi rajinlah dia orang (tak kan nak cakap dia kucing) lepak kat depan rumah.

Antara kebaikan pelihara kucing
  • Terapi menghilangkan stress. Kalau tak percaya, cuba bermain-main dengan kucing time stress. Mesti boleh menjadi terapi mujarab bila tengok aksi manja si kucing.
  • Membentuk rasa ihsan sesama mahluk dan sikap bertanggungjawab. Siapa lah yang tak kesian kalau tengok makhluk yang comel macam tu sedang kelaparan. Mesti rasa nak cepat-cepat bagi dia makan.
  • Peluang untuk bersedekah dengan memberi kucing makan dan tempat berlindung. 
  • Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Apa-apa pun..
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang



Sekian. Wassalam.












12 ulasan:

  1. comelnya semua kucing tu 😍😍😍

    BalasPadam
  2. kucing comel. manja. tapi saya penakut kucing. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi takut kucing..cer pegang..hihi

      Padam
  3. Amboi berpantun nampak hihi...
    Kat rumah ni ada 4 ekor kucing FS. Anak yg sukanya. Kalau ikut malas nak membela weyh...

    Yelah kan yg gambo atas tu riak muka dia mcm mintak belas ihsan kita je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita suka sangat kucing2 ni Mak..nampak comel aje

      Padam
  4. Saya suka kucing.. Kebetulan tinggal di kuching.. Awek saya pula kurang suka kucing

    BalasPadam
  5. Kat rumah saya pun banyak kucing terbiar. Saya beri makan je. Ada jugak yg cacat. Pernah saya iklan di fb. Ada jugak orang yg datang ambik. Tapi makin banyak kucing yg datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah rezeki kalau kita bela kucing ni En Adam...in shaa Allah

      Padam

Google+ Followers

Pengikut