April 18, 2017

Lapan Jenis Rezeki Dari Allah


Rezeki yang telah dijamin
"Tidak ada makhluk mana pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
(Surah Hud : 6)

Rezeki kerana usaha
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"
(Surah An-Najm : 39)

Rezeki kerana bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu"
(Surah Ibrahim : 7)

Rezeki tidak terduga
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"
(Surah At-Talaq : 2-3)

Rezeki kerana Istighfar
"Beristighfarlah kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti dia akan mengirimkan hujan kepada mu dengan lebat dan memperbanyakkan harta"
(Surah Nuh : 10-11)

Rezeki kerana menikah
"Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahaya mu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya"
(Surah An Nur : 32)

Rezeki kerana anak
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagi mu"
(Surah Al-Israa' : 31)

Rezeki kerana sedekah
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"
(Surah Al Baqarah : 245)

-Rotibul Attas dan Rotibul Haddad

***perkongsian rakan dari group wa

Gambar: Kenangan di Bukit Safa





29 comments:

  1. Thanks kak di atas perkongsian. Rasa macam pernah baca pula pasal ni.

    jemput join segmen syed kalau berkelapangan :)
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada member share kat WA semalam..macam best pulak.

      in shaa Allah, nanti akak join

      Delete
  2. Replies
    1. Zarif kan dah sekolah.. darjah satu.. kena lah potong rambut..

      Delete
    2. Lupa pulak Zarif dah sekolah...sebaya dengan anak saya, darjah 1 tahun ni.
      Semalam, bila tengok gambar kat blog Bunda, teringat kat rambut Xarif yang comel tu :)

      Delete
  3. banyak sangat rezeki Allah bagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Raihanah..
      Allah bg dari pelbagai arah dan cara

      Delete
    2. semoga kita bersyukur selalu

      Delete
    3. Moga kita sentiasa bersuukur. Thanks Raihanah

      Delete
  4. rezeki kita hanya allah je
    yg tahu...kadang2 dtg tanpa diduga...
    berdoa dan terus berdoa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Lynn. Rezeki kita..Allah yg tentukan..

      Delete
  5. Bersyukurlah dgn rezeki yg melimpah ruah dari Allah ini. Sedikit pun rezeki, banyak apa tah lagi kan...

    Kadang kala kita lupa, kita rasa harta benda aje rezeki, tapi sebenarnya sihat tu lebih dpd rezeki....Alhamdulilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mak...rezeki datang dalam pelbagai bentuk.

      Delete
  6. rezeki Allah tak pernah salah alamat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...rezeki dalam bentuk apa dan bila, Allah dah tentukan

      Delete
  7. rezeki dengan kahwin lebih tak de dalam senarai..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada Bro...
      Info tu mungkin kena cari kat tempat lain

      Delete
  8. Subhanallah.. Trimakasih pencerahannya..
    Salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..
      Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya

      Delete
  9. Terima kasih atas perkngsian dan pperingatan kak :) sangat menghargainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan untuk saya juga. Thanks NW kerana berkunjung ke sini

      Delete
  10. Alhamdulillah 😄 Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga dimurahkan rezeki selalu..aamiin

      Delete
  11. Alhamdulillah Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga kita sentiasa menjadi orang2 yg bersyukur
      Thanks WS

      Delete
  12. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas peringatan ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  13. apa pun jenis rezeki, kita MESTI bersyukur...

    "lain syakartum laaziidan nakum walain kafartum inna 'azaabi lasyadiid"

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers