July 22, 2017

Prayer




Selamat berhujung minggu.
Apa pun masalahnya...jom kita berdoa dan berserah pada Allah.
Moga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin..

Wassalam.


First pic: google

July 20, 2017

July 19, 2017

Apa Ada Dengan Kucing


Apa tengok-tengok?

Hitam itu menawan

Benarkah putih lambang kesucian?

Anak kucing kelabu jugak yang cute


Assalamualaikum
Gambar-gambar kat atas tu semuanya gambar kucing depan rumah. Suka sangat gambar kucing yang first sebab ekspresi muka kucing tu sangat sendu dan penuh tanda tanya...haha.
Saja nak tepek gambar-gambar tu kat sini buat kenangan..

Sebenarnya keluarga saya tak ada pun bela kucing. Semua tu kucing-kucing yang datang rumah dan tak tau lah ada tuannya atau tidak. Cuma anak-anak saya rajin bagi makan kat kucing-kucing tu, jadi rajinlah dia orang (tak kan nak cakap dia kucing) lepak kat depan rumah.

Antara kebaikan pelihara kucing
  • Terapi menghilangkan stress. Kalau tak percaya, cuba bermain-main dengan kucing time stress. Mesti boleh menjadi terapi mujarab bila tengok aksi manja si kucing.
  • Membentuk rasa ihsan sesama mahluk dan sikap bertanggungjawab. Siapa lah yang tak kesian kalau tengok makhluk yang comel macam tu sedang kelaparan. Mesti rasa nak cepat-cepat bagi dia makan.
  • Peluang untuk bersedekah dengan memberi kucing makan dan tempat berlindung. 
  • Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Apa-apa pun..
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang



Sekian. Wassalam.












July 18, 2017

Boleh Kurus Ke Kalau Makan Salad?


Assalamualaikum.

Alkisahnya...hari ni akak pergi Isetan KLCC dan membeli salad.
Bukan nak jadi macam mat salleh. Cuma nak berdiet dan tak nak makan makanan yang berkarbohidrat tinggi...(katanya.....)

Tapi boleh kurus ke kalau makan salad?....

Menurut kajian, kalau makan salad memang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Tapi, ada syaratnya:

  • Dalam sajian salad tu, tak boleh ada banyak bahan-bahan tambahan seperti mayonis, cheese dan sewaktu dengannya.
  • Jangan di bahagian atas mangkuk aje yang ada daun salad hijau (sila lihat gambar). Tapi bahagian bawah ada pasta, nasi, kentang goreng dan lain-lain lagi (baca: tersorok atau ada nasi di balik salad)
  • Salad....salad jugak. Tapi tak hanya menjadi makanan tambahan celah gigi, sebelum atau selepas makan nasi bariyani gam, cheese cake, pisang goreng, lontong, nasi dagang, roti boi dan sebagainya.


Orang kata berdiet bukan saja untuk kurus, tapi untuk lebih sihat.

Sekian saja tips untuk hari ini.
Selamat maju jaya.

Wassalam.


July 16, 2017

Cendol

Assalamualaikum
....dan ketika santan, gula melaka dan durian bersatu.....



Cendol
Dari air tangan mamak
Terhasillah cendol yang lemak
Sajian istimewa membasah tekak

Cendol
Bukan sekadar santan dan gula
Ada durian penambah rasa
Pulut dan kacang merah tidak dilupa

Cendol
Rasanya lemak manis
Bersatu dengan sejuknya ais
Memang best
Tak caya pergi la test :D


Terima kasih cendol.....



Di gerai ini juga ada menjual

Rojak sotong

Air Batu Campur


Sekian. Terima kasih.
Lokasi : Bangi



Allah Merahmati Orang Yang Pengasih

Assalamualaikum




Dari Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284)

Pengajaran:

  • Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap muslim
  • Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki kasih sayang sesama makhluk
  • Antara contoh sifat kasih sayang ialah memaafkan orang lain, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang dalam kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain.

Hate no one, no matter how much they've wronged you. Live humbly, no matter how wealthy you become. Think positively, no matter how hard life is. Smile, even your heart is bleeding. Give more, even if you've been giving little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you. And do not stop praying for the best for those you love - Imam Ali Ibn Abi Talib (AS)


Sekian. Wassalam.

Shared via wa group
Pic : google


July 12, 2017

WW#19 Pesan Nenek



Apa perasaan kalau dapat pesanan dari nenek macam ni. Agak-agak boleh baca tak?...hihi

Setiap patah perkataan tu penting. Jangan sampai tersalah. Nanti balik rumah kena marah :'(
Jenuh pulak nak mintak maaf...



Sekian. Wassalam
Gambar: wa group


1. Gula
2. Bawang besar
3. Bawang kecil
4. Quaker oats
5. Susu Anlene
6. Ikan sepat kering
7. Sawi
8. Lada merah, hijau
9. Kacang buncis
10. Carrot

p/s: bila dah boleh baca ni...harap2 nenek tak marah cucu lagi...:)









July 11, 2017

Pizza Dan Keropok Lekor

Assalamualaikum


Ini adalah makanan yang paling senang nak dapat kalau malas masak.
Tapi tak boleh selalu...takut jadi botak...huhu


Memang lemak berkrim. Sesuai sangat kalau jadi ubat kurus.
Pizza #1 pilihan Adham dan #2 pilihan Afiq.
Mama dia orang?..apa pun boleh.


Keropok lekor ni pulak, sesuai sangat kalau jadi makanan pencuci mulut lepas makan pizza :)
Nama pun tekak melayu. Dapat makanan yang pedas-pedas sikit pun jadilah..

Sekian. Wassalam.

#dominospizza
#celebrateraya2017
#fidahshah
#whitebarley
#dietkelaut







July 10, 2017

Beautiful


People are not beautiful for the way they look, walk or talk.
They are beautiful for the way they love, care and share.


Betul tak??
.......dan dalam kisah yang lain...

Not everyone will value you. But there are a few who will stand by you no matter what. They're the ones praying for you without you knowing -Mufti Ismail Menk


Sekian. Wassalam
Pic: google










July 08, 2017

Fit and Healthy

Assalamualaikum..

Hari ni saya berkesempatan untuk ke Taman Tasik Cempaka, Bangi.
Boleh jugak la kalau rasa nak jogging atau jalan-jalan lenggang kangkung laju-laju.....dari duduk bersandar tengok tv kat rumah sambil makan kuih raya.


Nampak tak orang Bangi begitu bersemangat untuk bersenam dan menjaga kesihatan.
Health is wealth..
Tapi Mak tumpang selfie aje kat situ..haha


Apa-apa pun memang best jugak jalan-jalan pusing tasik kat sini.



Sekian. Wassalam.

#healthiswealth
#fitandhealthy
#badansihatotakcergas
#tasikcempakabangi
#fidahshah
#whitebarley


July 03, 2017

Kiss From A Rose



Kalau bunga rose sering dikaitkan dengan kisah cinta sepasang kekasih, tapi sebenarnya kalau di makan lagi bagus :D:D

Sejak dahulu lagi, bunga rose atau mawar memang terkenal sebagai bahan penting untuk kecantikan. Kalau tak percaya, sila baca kat botol tu.

Bunga rose bukan sahaja cantik dipandang dan berbau harum, tapi ada banyak khasiat lain yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Antaranya:

  • Melancarkan penghadaman, mengelakkan masalah sembelit, mengurangkan PMS dan senggugut. Hanya perlu minum air rendaman kuntuman atau kelopak bunga mawar.
  • Mencegah lingkaran hitam. Rendam kapas dalam air mawar dan letakkan di bawah mata untuk mencegah lingkaran hitam.
  • Rawatan kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut. Rebus kelopak bunga mawar, sejukkan dan sapu di bahagian kulit kepala.
  • Menyingkirkan rasa cemas. Mandi dengan air mawar (suam) dipercayai dapat menyingkirkan rasa cemas dan dapat membantu tidur yang lebih berkualiti.


Jom cuba..

Sekian. Wassalam.
Sumber dan rujukan : pelbagai


July 02, 2017

Makan Apa Lepas Raya?

Assalamualaikum

Hari ni kira dah lebih seminggu raya.
Alhamdulillah. Raya tahun ni, macam-macam jenis makanan dapat rasa.
Ketupat, lemang, rendang, nasi bariyani, nasi arab, mi kari, soto dan yang sewaktu dengannya. Nasi dagang aje tak sempat nak makan hari tu.

Bila dah banyak sangat makan segala jenis menu raya, tekak pun teringin nak makan benda-benda simple pulak...Betul tak?


Maka, keluarlah apa-apa bahan yang ada kat dapur dan dalam peti ais tu. Terbiar lama atau tak habis nanti, Cik Abang bising pulak. Maklum ler, masa beli...... ingat anak ada 12 orang...huhu


Untuk efek yang lebih pedas, makanlah dengan sambal ijo ni. Memang sedap.
Dapat pulak nasi panas, mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan..haha



Kalau tak nak makan nasi, makan lempeng dengan sambal ikan bilis pun menarik jugak.
Nak masak pun senang.

Korang pulak, makan apa lepas raya ni?..


Sekian. Wassalam.









June 27, 2017

Kinohimitsu Japan Detox Tea


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke 3 raya.
Pastinya dah puas melayan tekak dengan pelbagai juadah raya.

Sebutlah apa jugak nama makanan raya.....ketupat, rendang, kuah kacang, sayur lodeh, nasi minyak, nasi bariyani, kari kambing, ayam masak merah, kek, dodol dan pelbagai macam kuih..mesti semua dah sumbat dalam perut tanpa was-was.....hihi.

Itu baru version selatan. Belum version ala2 pantai timur lagi...

So apa lagi. Jom detox dulu... :)



Antara kelebihan detox:

  • Menyingkirkan lebihan sisa buangan
  • Badan lebih segar
  • Kulit lebih cantik
  • Dan macam-macam lagi...korang google lah sendiri :)

Sekian. Selamat hari raya aidilfitri.
Wassalam.

#whitebarley.blogspot
#fidahshah
#kecantikandaridalam
#tirumacamsayahaha






June 25, 2017

June 23, 2017

Balik Kampung


Assalamualaikum

Time nak raya macam ni, mesti ramai yang akan balik kampung.

Tak kiralah jauh atau dekat, ke selatan, utara, timur atau barat, moga perjalanan selamat dan segala urusan dipermudahkan..
Jangan lupa bawak balik baju raya, kuih raya, tudung raya, kasut raya dan yang paling penting...duit raya :):)

Selamat balik kampung ...yeaaayyyy




Sekian. Wassalam.


June 21, 2017

Selamat Berbuka Puasa


Assalamualaikum
Selamat berbuka puasa

Mungkin ada yang sedang mengadap juadah makanan
Mungkin ada yang sedang memandu kereta atau masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumah
Mungkin ada yang masih kat office atau tempat kerja
Mungkin ada yang dah balik kampung
Mungkin ada yang sedang buat kuih raya atau mejahit baju raya..
Atau apa saja yang sedang dilakukan..

Moga segala urusan kita dipermudahan..

Ya Allah Ya Tuhan ku, Tiada kemudahan kecuali Engkau menjadikannya mudah. Engkau juga yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau mengkehendakinya

......dan moga tetap bersemangat untuk meneruskan ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan...


......so forgive me


Sekian. Wassalam

Pic: Google

June 18, 2017

June 16, 2017

Surah Al Qadr



  1. Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada malam kemuliaan
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan (Lailatul-Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan
  4. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengn izin Allah untuk mengatur segala urusan
  5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Penjelasan Tentang Surah Al Qadr
Surah Al-Qadr (bererti kemuliaan) adalah surah yang ke 97 di dalam Al-Quran dan mengandungi 5 ayat. Surah ini tergolong dalam surah-surah Makkiyah. Secara umum, surah ini menceritkan tentang satu malam yang penuh kemuliaan di bulan Ramadhan. Pada malam itu semua nilai ibadah dilipat gandakan seperti mengerjakan ibadah selama 1000 bulan.

Beribadah Untuk Seribu Bulan
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita kepada para sahabat tentang Syam'um, seorang lelaki di zaman Bani Israel yang berjihad di jalan Allah dan mengerjakan solat malam selama 1000 bulan. Setelah mendengar cerita tersebut, para sahabat berasa iri hati terhadap Syam'un. Mereka menyatakan bahawa usia mereka tidak mungkin menyamai usia pemuda Bani Israel itu, apa lagi untuk menandingi amalan serta kedudukannya disisi Allah.

Rasulullah SAW kemudiannya menyampaikan kepada mereka bahawa Allah telah memuliakan umat Nabi Muhammad SAW dengan satu malam di bulan Ramadhan yang dinamakan Lailatul-Qadr. Pada malam yang penuh kemuliaan itu, segala ibadah dilipat gandakan ganjarannya menyamai ibadah selama 1000 bulan.

Marilah kita tingkatkan ibadah di malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini. Moga dapat menambah 'saham' kita di akhirat kelak. In shaa Allah.

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Al Quran Pertamaku - Juzuk Amma (Ustaz Hj Asril Ibrahim)
Gambar : Google (edited)


June 14, 2017

Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan





Di antara kembara
Ku ceritakan tentang perjalanan
Terjal dan penuh rintang
Yang menyadur lagu lelah di penghujung malam

Di antara kembara
Aku bisikan tentang rindu yang kian lelah
Mengukir penantian 
Di penghujung waktu tanpa kepastian
Tinggal menatap harapan
Kapankan aku dipertemukan
Cinta yang tulus kepada Tuhan
Yang menyayangi ku dalam belai kasih sayang



Gambar: Sumber
Puisi : Mbah Dinan

Sekian. Wassalam.







June 13, 2017

Sabar Itu Indah


Assalamualaikum
Selasa, 13 Jun 2017, pukul 7.51 pagi.

Saya masih berada di stesen komuter.
Ada masalah teknikal katanya....menyebabkan tren dari Seremban ke Batu Caves lewat dari jadual asal.


Dari gelap sampai terang menunggu, tren tak sampai-sampai jugak.

Bila sampai, dah terlebih muatan pulak.
Cer tengok gaya akak-akak yang menunggu tren komuter tu. Ada tren pun buat tak reti aje...
Apa pun, semuanya dalam keadaan bersabar. 
Sebab tu orang kata 'sabar itu indah'... :)


Kesian kat adik-adik yang nak pergi sekolah naik tren. First day sekolah dah lewat.
Kesian jugak kat semua orang yang naik komuter...confirm lewat gi kerja.




Sekian. Wassalam.


June 11, 2017

Bangi Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum

Bangi dulu tak macam Bangi sekarang.
Especially time nak raya. Bangi kini menjadi tumpuan para fashionista, hijabster dan yang sewaktu dengannya.






Antara tempat yang menjadi tumpuan pastinya di Bangi Sentral, Bangi Gateway, Kompleks PKNS dan Warta Bangi.






Ni pulak pemandangan di sekitar bangunan PKNS Bangi. Memang meriah. Nak rayalah katakan...

Tapi ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.




Sky view from PKNS Building, Bangi :)



Sekian saja laporan lalu lintas hari ini. Yang pasti, Bangi dulu dah tak macam Bangi sekarang.

Selamat Berpuasa. Wassalam.