August 21, 2016

Restoran Salt & Pepper, Bandar Baru Bangi

Assalamulaikum



Hari ini saya sekeluarga mencuba restoran baru.
Restoran Salt & Pepper namanya. Terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, restoran ini menyediakan pelbagai menu pilihan termasuk makanan barat dan makanan timur (nasi serta beberapa lauk pilihan)

Komen saya:

MAKANAN: Masakannya sedap. Memang puas hati. Ada menu masakan barat seperti grilled salmon, spaghetti dan yang sewaktu dengannya. Ada juga disediakan set nasi dengan beberapa lauk pilihan. Set nasi dihidangkan bersama, ulam, budu dan sambal sebagai pemambah selera. Pencuci mulut termasuk waffle dan ais krim. Pelbagai jenis air juga ada di dalam menu :)



HARGA : Agak berpatutan, sesuai dengan konsep.



SERVICE: Cekap dan memuaskan. Penghantaran makanan agak cepat. Presentationnya juga cantik. Kesemua pekerja dan pelayan restoran juga cekap dan murah senyuman.

Itu saja komen saya.
Kira recommended la
Memang sesuai untuk makan bersama keluarga

Sekian. Wassalam.


7 comments:

  1. FIDAH DH RECOMENED TU RUGI KALAU XCUBA2 MENJAMU SELERA DI SITU

    ReplyDelete
  2. boleh dicuba jika ke BBBangi..kdg2 lost in BBB, byk roundabout..hihi..

    ReplyDelete
  3. Wahh sedap nampaknya ni... lokasi ni dah tau... akan singgah klu ke area sana nanti ni... :) :)

    ReplyDelete
  4. Spaghetti apakah itu FS namanya? Macam kosong je ek.....
    Seronoklah orang Bangi seksyen 3 ye. Nak makan boleh datang sini

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kat belakang petronas, dekat dengan roundabout

      Delete

Google+ Followers

Followers