July 30, 2016

Majlis Doa Selamat Di Masjid Al Hasanah Bangi

Assalamualaikum

Satu majlis doa selamat untuk bakal-bakal haji diadakan  di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 30 Julai 2016.



Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat isya', solat hajat dan ucapan dari pihak Tabung Haji, Pegawai Daerah dan pihak pengurusan Masjid Al Hasanah.

Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya :)


Dikatakan jemaah haji dari Bangi bagi tahun 1437H adalah seramai lebih kurang 600 orang. Manakala jemaah dari seluruh Hulu Langat adalah seramai 1500 orang.

Penerbangan pertama (ke Madinah) dijadualkan pada 4 Ogos 2016 manakala penerbangan akhir (terus ke Mekah) dijadualkan pada 4 September 2016.

Moga segala urusan bakal-bakal haji (serta keluarga yang ditinggalkan juga) semuanya dipermudahkan, moga selamat perjalanan, diberikan kesihatan serta diberikan kekuatan untuk terus beramal ibadah.
Moga segala amalan diterima dan moga mendapat haji yang mabrur....aamiin.

Sekian. Wassalam.


July 27, 2016

Rahsia Al Fatihah

Assalamualaikum



Ada banyak rahsia yang terkandung dalam surah Al Fatihah

  • Tanpa membacanya solat kita tidak sah
  • Sering dibaca untuk arwah
  • Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah
  • Jika mengingati atau merindui seseorang, bacalah surah ini
  • Dibaca dan ditiup pada beras sebelum dimasak, untuk anak yang bermasalah
  • Salah satu surah yang menjadi penawar sihir (sabda Rasulullah SAW)
  • Terjemahannya indah, hafalannya mudah
  • Sunat dibaca ketika keluar dan masuk rumah
  • Jom amalkan, moga tiada resah mahupun gelisah

Amalan menghadiahkan surah Al fatihah:
Antara salah satu ikhtiar untuk hidup tenang dan bahagia adalah dengan menghadiahkan surah Al Fatihah (khasnya untuk orang-orang tersayang). 
Selesai solat, hadiahkan Al Fatihah untuk Rasulullah, ibu bapa (tidak kira sama ada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia), isteri/suami dan anak-anak permata hati.

Kita mungkin biasa mambaca surah ini sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan menjadi berganda-ganda. In shaa Allah.
Selain dari mendapat pahala membacanya, dapat juga pahala sedekah dan mendoakan kebaikan untuk orang lain.
Moga setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, akan dibalas kebaikan juga untuk kita. In shaa Allah.

Jom sama-sama kita beramal dan beristiqomah dengan surah Al Fatihah.

Sekian. Wassalam.

*Diolah semula dari sumber






July 20, 2016

WW#11 Pesan Imam Ghazali Tentang Kawan


Assalamualaikum

Walaupun ruangan WW, tapi still nak tulis jugak.

Menurut Imam Ghazali, ada 3 jenis kawan:
  • Kawan yang pertama: Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengannya, dia sentiasa berkongsi ilmu & nasihat agama kepada kita. Berkawanlah dengan golongan ini kerana akan membawa kebaikan kepada kita.
  • Kawan yang ke dua: Dia tidak ada ilmu dan kita mempunyai ilmu. Dia menerima ilmu dan nasihat agama yang disampaikan kepadanya. Berkawanlah dengannya kerana dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepadanya, dia akan melaksanakan perintah Allah.
  • Kawan yang ke 3 : Dia tidak ada ilmu. Dan sekiranya kita ingin menyampaikan ilmu atau memberi nasihat kepadanya, dia tidak mahu menerima, malah memberi pelbagai alasan kerana tidak suka pada ilmu yang disampaikan. Imam Ghazali berpesan, jangan berkawan dengan golongan ini kerana tidak memberi manafaat kepada kita dan dia juga. Dan lebih buruk lagi sekiranya kita mengikut tingkah lakunya yang amat merugikan.


Since masih mood raya...saya ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin.

Maaf juga sebab tak sempat nak BW....nanti bila ada kelapangan saya singgah di blog kawan-kawan. Sorry yea.. :(

Sekian. Wassalam

Pic: FB
Ref:  3 Jenis Kawan Kata Imam Ghazali (dirihamba.blogspot.my)




July 14, 2016

Bila Overnight Policy Rate (OPR) Turun

Assalamualaikum

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penurunan overnight policy rate (OPR) sebanyak 25 basis point dari 3.25% kepada 3.0%.



Apakah Overnight Policy Rate (OPR)?
OPR adalah kadar faedah semalaman yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Kadar faedah ini dikenakan ke atas bank yang meminjam tunai dengan bank lain untuk jangka pendek semalaman.

OPR juga memberi impak kepada pengiraan base  (lending) rate (baca: kadar interest/bunga atau keuntungan) bagi bank-bank. OPR (contoh 3% seperti yang dinyatakan di atas), adalah menjadi kos asas kepada wang yang digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman.
Kos asas ini kemudiannya akan ditambah dengan kos-kos lain seperti kos operasi, kos statutory reserve requirement (SRR), risiko credit pelanggan (credit risk of the borrower) dan lain-lain. Bila ditambah semua, dapatlah kadar pinjaman asas atau base rate.

Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR turun, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga turun. Umumnya, jika kadar interest rendah, ia akan menggalakkan orang untuk meminjam (bank) untuk terus membeli bagi menjana ekonomi negara.

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, penurunan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teorinya, bila interest rate atau faedah rendah, ia tidak akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank, sebalikknya orang akan menggunakan wang tersebut untuk membeli dan membeli lagi dan ini akan dapat menjana ekonomi negara.
(nota: kalau nak menyimpan, bolehlah cari alternative untuk menyimpan wang di tempat lain, contohnya seperti ASB dan Tabung Haji).


Sekian. Wassalam





July 09, 2016

July 05, 2016

Andai Kemaafan Masih Ada

Assalamualaikum

#kemaafan

Ketika Syawal menjelma lagi
Alunan takbir indah bergema
Ku susun sepuluh jari ini
Salah silap maaf dipinta

Saya ingin meminta ampun dan maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa atau terguris rasa.

Moga syawal ini membuka lembaran baru untuk kita. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Moga persahabatan dan silaturrahim berkekalan selamanya.

#badaipastiberlalu

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin
Taqobbal Allahu Minna Wa Minkum. Semoga segala amal kita semua di terima. Aamiin.

Sekian. Wassalam.



July 03, 2016

Biskut Oat Sukatan Cawan Part 2


Assalamualaikum

Ini adalah kesinambungan cerita Biskut Oat Sukatan Cawan yang pernah saya kongsikan dahulu. Sila lihat sini.
Al kisahnya nak buat biskut oat version raya, jadi Akak modify apa yang patut. Kunun-kununnya lahhh

Resipinya lebih kurang dengan resipi biskut oat yang pernah saya kongsikan dulu. Cuma kali ni saya tambahkan 1/2 cawan biskut oreo yang telah dihancurkan dan 1/2 cawan almond nibs.

Untuk hiasan, hentam sajalah labu...
Untuk version ni, Akak tepekkan white chocolate yang telah dicairkan, lepas tu tabur dengan biskut oreo yang telah dihancurkan..

Sila abaikan hasil yang tak berapa kemas dan bersimpang siur tu.
Akak saja nak post kat sini buat kenang kenangan. Sebabnya bukan senang nak dapat mood rajin buat biskut raya. Tahun depan belum tau....huhu

Sekian. Wassalam.


July 02, 2016

Memori Kiuh Siput



Assalamualaikum

Kuih siput sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan siput sedut yang kita selalu buat masak lemak tu. Juga jauh sekali kaitannya dengan siput babi yang sampai sekarang masih kompius tentang identitinya sama ada dia adalah siput atau babi :D

Kuih siput adalah salah satu kuih tradisional yang selalunya membuat kemunculan istimewa di hari raya. Kalau tak hari raya pun ada jugak, tapi kirim salam ajelah kalau nak suruh Akak buat sendiri.

Kalau masa arwah Mak ada dulu, rajin juga buat kuih siput ni. Mak bancuh, kami gentel sama-sama. Sambil buat kuih siput, sambil bercerita. Lama tu, kalau buat sekilo tepung, mau lenguh juga tangan nak habis kan menggentel. Cerita satu kampung pun sempat di up-date :)

Tapi sekarang saya buat kuih siput bersendirian. Afiq ada juga offer nak tolong..tapi tak pe lah Takut jadi kuih kura-kura pulak :)
Tunggu Afiq besar siket ya...nanti Afiq tolong Mama. Besar lagi nanti, carikan Mama menantu yang rajin tolong Mama kat dapur.....eehhh :D

Resipi kuih siput ni saya ambil dari Aynorablogs (www.aynorablogs.com)
Saya buat siket aje. Anggaran 1 balang sederhana besar.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 50mg marjerin (cairkan dan biarkan suam-suam)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering (saya gantikan dengan serbuk ikan bilis knor...maklum le..allergic udang..hihi)
  • 3 sudu kecil serbuk cili (saya guna 2 sudu kecil chili flakes sebab serbuk cili dah abih)
  • 1 sudu kecil serbuk kari (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa



Cara-cara:
  • Panaskan marjerin dan disejukkan sebentar (biar suam-suam kuku).
  • Gaul tepung bersama garam, serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari, serbuk cili dan serbuk ikan bilis. Masukkan marjerin yang telah dicairkan.
  • Gaul rata dan masukkan telur ke dalam adunan. Sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau dah tak melekat, kira dah ok la tu. Uli hingga menjadi doh.
  • Cubit sedikit adunan. Gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  • Panaskan minyak. Goreng kuih siput dengan api sederhana. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya. 
  • Goreng hingga masak dan garing. Angkat dan sejukkan. Masukkan ke dalam balang. Tutup rapat-rapat.

Sekian. Selamat mencuba.

**Al Aftihah untuk arwah ibu saya. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.