April 05, 2016

Tudung "Farook....Nyata Anggun"

Assalamualaikum

Bukanlah nak menjadi pesaing kepada tudung berjenama terkenal sehingga orang sanggup bermalam dan berkhemah depan kedai atau harus bertempur serta berasak asak tidak kira lelaki perempuan untuk mendapat giliran masuk ke dalam kedai.


Tapi, tudung jenama "Farook....Nyata Anggun" ini memang sangat tinggi kualitinya. Rugi besar kalau tak beli.

Antara kelebihan tudung "Farook....Nyata Anggun" adalah:

Ciri Khas Tudung
  • Materialnya lembut kerana dihasilkan oleh ulat-ulat sutera organik. Jika pakai...terasa ringan, halus dan bagai dibelai-belai.
  • Sebelum dijahit, kainnya direndam semalaman dengan campuran air Mawar untuk haruman berkekalan ke akhir hayat.
  • Jahitannya sangat sempurna kerana dijahit dengan mesin yang di import khas dari Itali. Proses menjahit juga diiringi dengan alunan ayat-ayat suci supaya lebih berkat.
  • Pilihan pelbagai warna yang menarik dan sesuai untuk pelbagai jenis umur dan pelbagai acara. Contohnya untuk majlis rasmi, untuk pergi kerja, untuk kelas kelas memasak atau kuliah subuh dan untuk bersukan. Selain itu, warna unik yang ada pada tudung kami, dapat membuat anda kelihatan lebih cerah dan muda (antara 5 ke 10 tahun) dalam masa 2 minggu.
  • Reka bentuk khas mengikut trend dan fesyen terkini. Antara kelebihan tudung ini, dapat menjadikan wajah bulat macam kuih pow dan dagu yang berlipat-lipat macam karipap pusing nampak runcing (baca: V shape)
  • Pilihan batu berlian Afrika, swaroski Korea, manik jurai, sulam goyang dan batu akik juga disediakan untuk tambahan aksesori pada tudung kesayangan anda.
  • Dan yang paling penting, tudung itu pastinya membuat anda lebih jelita. Apa lagi kalau digayakan dengan make up tebal serta di edit menggunakan efek kamera 360...huhu

Perkhidmatan kami:
  • Jualan murah (baca: sale) diadakan 2 tahun sekali dengan sistem giliran berkomputer untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian asak-mengasak atau berebut-rebut.
  • 7 kanopi (jenis Arabic) disediakan pada malam sebelum sale untuk membuat anda lebih selesa ketika menunggu nombor giliran dan pintu kedai dibuka. (Nota : Kami turut menyediakan meja 280 seater, 3 buffet station bersama meja skirting 12 x 3ft dan door gift table 9 x 3ft dan pelamin)
  • Pengawal keselamatan yang didatangkan khas dari Nepal dan Bangladesh serta CCTV 24 jam disediakan untuk tambahan ciri keselamatan di kedai.
  • Maklumat terkini tentang produk kami boleh didapati di facebook fan page kami (sila like : Farook Anggun Jellita). Segala soalan dan kemyuskilan anda juga akan dijawab oleh pihak admin kami yang sangat ramah mesra.
  • Sesi bergambar dan beramah mesra dengan pemilik syarikat kami yang sopan, zuhud dan sentiasa merendah diri untuk belian RM2000 ke atas.

Silalah berkunjung ke kedai kami yang berdekatan untuk melihat produk terbaru. 
Semua produk adalah limited edition. Anda lambat, anda rugi :)

"Ingat Farook...Ingat Anggun"
#acahmakenon

baca juga
Jangan Terpedaya
Kulit Pisang


Sekian.

Gambar hiasan: Ihsan dari Google Play


14 ulasan:

  1. Hmm aku suka kerudung dengan bahan yang lembut dan adem ketika di pakai di kepala membuat efek nyaman juga nggak gampang gerah hehe

    BalasPadam
  2. tudung cantik dgn kelainan gaya pasti ramai yg suka.

    BalasPadam
  3. tudiaa kena rendam ngan ayaq mawar.. 1st time dengaq..

    BalasPadam
  4. Mesti mahaikan tudung ni.. sbb pakai kain sutera..

    BalasPadam
  5. Berita baik buat para wanita ni... pilihan yg baik dan menarik!! :)

    BalasPadam
  6. hehehe..dasatkan penangan tudung berjenama ni..sanggup camping dpn kedai..bersenggol-senggolan lelaki pompuan...
    dulu naelofar buat sale, sanggup jg beratur, sib baik queue x pjg..hihi..

    BalasPadam
  7. Hish patut la mahai bedaah, guna kain sutera rupanya buat tudung ja pun

    BalasPadam
  8. tudung lain lawa je.. tak perlu beratur pun

    BalasPadam
  9. Tidak rugi berkunjung ke kedainya ya, anggun sekali jadinya muslimah.

    BalasPadam
  10. Waw subhanallah bagus sekali da pancaran kecntikannya kelihantan banget.

    BalasPadam
  11. tak sangka tudung sekarang menjadi bahan bisnes yang sangat laku dan popular

    BalasPadam
    Balasan
    1. bidang fesyen dan makanan sentiasa hidup...

      Padam
  12. lain pulak cara promosi.. kain wangi air mawar terbaik ! (bukan mawarpizo yg tu eh..)

    BalasPadam
  13. Wahhhhh bisnes tudung ke sekarang? Hihi.......
    Rezeki masing masing walau dah banyak keluaran kalau dah rezeki katanya tetap masyuuuuk kan FS

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut