April 28, 2016

Menunggu Giliran

Assalamualaikum


Semalam, 27 April, saya bercuti kerana nak renew passport di Jabatan Imigresen, Kajang. Sampai ke sana dalam pukul 9 lebih.

Walaupun saya rasa perkhidmatan di Jabatan Imigresen Kajang agak cekap, tapi masa menunggu dekat 2 jam juga, dari mula sampai hingga semua urusan selesai. Mungkin kerana ramai orang.
Orang kata kalau nak cepat, kena datang seawal 7.30 pagi. Nak buat macam mana...dah terlambat... :(

Tapi prosesnya mudah. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan passport lama. Lepas tu, tunggu angka giliran. Gambar pun diambil di sana. Cuma perlu senyum aje di kamera depan kaunter tu...hihi. Tak perlu bawa gambar sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM200.

Dari duduk melopong sorang-sorang semalam, sempat juga Mak update blog dalam masa 2 jam tu. Kira hampir 60% entri semalam ditulis semasa menunggu giliran :)

Selesai urusan di Jabatan Imigresen, saya bergegas ke Tabung Haji, Bangi kerana sudah berjanji dengan Cik Abang nak register kan anak-anak untuk mendapatkan giliran menunaikan fardu haji. Tengok punya tengok...tahun peruntukannya pada 2099...Aduhai...


Maafkan Mama wahai anak-anak ku..sebab lambat register. Menyesal betul sebab tak registerkan anak-anak lebih awal. Umur berapa pulak lah dapat pergi ni. :'(
Tapi, ketentuan Allah siapa tahu. Mana tahu kalau ada rezeki dapat giliran dan menjadi tetamu Allah di sana lebih awal. In shaa Allah.


Sekian. Wassalam.








12 ulasan:

  1. Perghhhh, angka 1035 nak ker 1069, lama betul nak nunggu. Wah proses mcm nak renew lesen kan. Just perlu smile depan kamera diorang. Canggih teknologi sekarang. :)

    In Shaa Allah sis, mana tau awal daripada tahun tu akak and anak-anak dapat pergi Haji. Rezeki kita tak tau kan. =*

    BalasPadam
  2. anak sulung dan kedua dulu saya registerkan dptlah umur 24 dan 28 tahun. si baby last year register dah umur 40 tahun tak silap. tapi kata TH takpe ni, bila dah cukup duit try buat rayuan.

    BalasPadam
  3. YANG PENTING DAFTAR DULUKAN FIDAH..BIARLAH ALLAH YG TENTUKAN URUSANNYA..

    BalasPadam
  4. Wah dah renew pasport tu mesti ada plan nak gi oberseakan....
    Betullah FS....la ni kalau daftar TH, mmg sampai tualah kita menunggu huhu...

    BalasPadam
  5. Mmg jenuh klu nak tunggu giliran quota konvensional tu.. in shaa Allah, ada rezeki pekej2 vvip nanti tu... sekarang pun dah bnyk penawaran pakej2 mcm tu cuma mahal sikit je. Tapi bab ibadah ni tak kisahlah kan, in shaa Allah, dipermudahkan jln buat semuanya nanti... aamiin.

    pss... renew buku merah tu nak pi mana.. :)

    BalasPadam
  6. Niat yang terpuji
    Register anak haji
    Pasti tersampai
    Walau Lambat yakin diberkahi

    BalasPadam
  7. tak dapat saya bayangkan bila la pulak giliran saya nie..asyik leka dengan dunia yang tak seberapa

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, sudah didaftar untuk anak2..lama tu thn 2099..in shaa Allah, ada rezeki, mungkin dapat lebih awal..

    BalasPadam
  9. Lamanya kena menunggu yer... Semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  10. wow renew pasport.. nak pi mana tu? nak itut!

    BalasPadam
  11. takpe ada rezeki nanti, Allah akan panggil tanpa kita duga... Insya Allah..

    BalasPadam
  12. insya allah rezeki tu akan hadir wpn kita rs cm lama je lagii

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut