April 17, 2016

Antara Salad Dan Pecal


Assalamualaikum

Kalau orang puteh (baca: orang barat) makan sayur mentah dengan mayonis, thousand islad, caesar dressing, Italian dressing dan sebagainya, orang kita juga ada 'sambal kacang' untuk menikmati sayur.

Bezanya segala 'dressing'di atas boleh dituang aje dari botol, berbanding dengan sambal kacang yang perlu menjalani beberapa proses seperti goreng kacang, goreng cili, goreng bawang...nak blend lagi...huhu.

Sebab tu walaupun tekak jawa Mak memilih pecal sebagai sayuran, Mak lebih rela makan salad kalau tekak teringin nak makan sayur mentah (di samping makanan lain seperti nasi ayam, mee goreng, roti canai, lontong, cekodok pisang, kek coklat dan sebagainya). Nak makan pecal pun, cuma weekend aje lah.

Kot la tetiba tekak teringin nak makan pecal dan bawak bekal ke opis, kena bangun sebelum subuh lah nampak gaya sebab nak kena goreng kacang, tempe, tahu dan sebagainya. Sebab tu tak bawak bekal pecal.
Bawa bekal salad sebenarnya lebih mudah dan ringkas. Tapi, kalau malas jugak nak bersihkan sayur untuk dibawa sebagai bekalan...Mak makan strawberry...huhu :D

Tentang khasiat, keduanya baik untuk kesihatan. Nama pun sayur..

Salad:
Tidak dinafikan vitamin yang terkandung dalam sebuah hidangan salad. Apa lagi kalau digabungkan dengan sayur pelbagai warna. Salad kaya dengan vitamin C, E, folic asid, beta karotin dan sebagainya. Salad juga kaya dengan fiber dan boleh mengenyangkan. Sangat sesuai bagi yang sedang berdiet bagi mengurangkan jumlah lemak serta kalori dalam menu harian.

Pecal:
Hidangan yang cukup lengkap dengan protein, karnohidrat, zat besi dan pelbagai jenis vitamin termasuk A, B1, C dan sebagainya. Baik juga untuk yang sedang berdiet...at least makanan tu ada rasa pedas dan lemak. Kalau makan pecal ni boleh kenyang dan tak perlu makan nasi...betul tak?..

Kalau korang pulak, suka yang mana?


Sekian. Wassalam.







14 ulasan:

  1. apapun antaranya jika disandingkan dengan pecal (pecel) apalagi dengan salad yang olahannya mirip dengan pecal, saya tetap memilih pecal sebagai makanan favorit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pecal (pecel) sebenarnya lebih sedap. Apa lagi kalau yang suka makanan pedas. Cuma mau buatnya agak malas...:)
      Tq Mr Cilembu

      Padam
  2. Berhubung orang sunda asli aku bakalan pilih pecel yang rasanya lumayan enak menurut saya hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga suka pecal... :)
      Thanks Zee

      Padam
  3. Ya Allah sedap nya Pecal. Mak kite Jawa, memang turun ker anak ler minat nyer. Hihi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abah saya orang Jawa...sebab tu suka jugak pecal ni.
      Makan ok....nak buat aje yang leceh..:)
      Thanks Ain

      Padam
    2. Kan? Sedap sangat. Kalau kuah dia sedap, maka sedap la pecal itu. Hehe !

      Padam
  4. la ni dh mudah fidah kat kampung kak ada yang jual kacang tanah dh siap berperisa tinggal sediakan sayurnya n bancuh saja.

    BalasPadam
  5. baru mkn pecal Jumaat lepas..beli kt pasar mlm..huhu..takleh mkn selalu, kuah kacang kolestrol tinggi..

    BalasPadam
  6. tempat kerja saya selalu bikin salad...memamg sedap tu.

    BalasPadam
  7. pecal pun sedap tapi tak boleh selalu, salad kalau kena dengan dressingnya pun jadi sedap

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah makan pecal sejak duduk malaysia ni, asyik makan salad juga... teringin pula nk rasa mcm mana rasa pecal tu.. eceh... :D :D

    BalasPadam
  9. Sama kes dgn awak FS....dua dua pun suka tp pecal tu mls nak buat haha..... salad senang, tuang thousand island jee.....siap hihi

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut