April 24, 2016

Adakah Usia Hanya Suatu Angka?


Assalamualaikum

Sesetengah orang kata, usia hanyalah suatu angka. Cuma angka atau nombornya tak pernah menurun...setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun..usia kita pasti meningkat.

Bagi sesetengah orang..pertanyaan tentang umur adalah sensitif. Contohnya bila orang tanya..."berapa umur you?"..
Nanti dijawab "Rahsia"...huhu

Walau apa pun, peningkatan usia juga merupakan satu peringatan. Bila umur   semakin meningkat, hari kematian juga semakin dekat.
Moga sentiasa menjadi lebih baik dan sentiasa mensyukuri nikmat usia yang diberikan.

Seperti lirik lagu kumpulan Raihan
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Apa wish tahun ni?
Moga dipanjangkan usia untuk membuat kebaikan, diberikankan sebanyak rezeki, diberikan kesihatan, dimudahkan segala urusan untuk diri dan keluarga.
Moga boleh terus memberikan komitment untuk berblogging dan semoga silaturrahim dengan sahabat-sahabat sekelian berkekalan....aamiin


Sekian. Wassalam.
1st pic : google



28 ulasan:

  1. Setiap usia yang bertambah... Menandakan kita semakin menghampiri mati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Angka pada usia juga menjadi tanda aras untuk kamatangan.

      Padam
  2. Peningkatan usia memang hanya satu angka.....tapi angka itu juga mengingatkan kita yang kita semakin berusia....so ingatlah yang lima perkara itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga sentiasa menjadi peringatan...takut juga kalau mengingatinya

      Padam
  3. Peningkatan usia bukan hanya bilangan angka tapi mengingatkan kita langkah kita ke sisi-Nya semakin hampir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...semakin hari semakin hampir. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya

      Padam
  4. Bertambah usia bermakna bertambah pengalaman yg kita kutip sepanjang kehidupan, dan semakin berkurang pulak usia kita didunnia ini.
    Apa pun HB utk Fidah semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat ameenn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Thanks Kak Noor :)
      Pengalaman juga membuat kita lebih matang...

      Padam
  5. Happy brithday mrs. Fidah semoga selalu sehat dan selalu memberikan yang terbaik untuk orang-orang terdekat ya. Wish you all the best :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..Thanks :)
      Moga suksess juga untuk Zee

      Padam
  6. Walau usia
    Hanya dianggap angka
    Yang penting sehat bahagia
    Semoga pandang umur dan awet muda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meningkat usia
      Berbagai pengalaman ditimba
      Mengajar menjadi lebih dewasa

      Padam
  7. Peningkatan usia juga menandakan peningkatan daya pemikiran
    ke arah yang lebih rasional dan matang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...moga kita menjadi lebih matang..Orang kampung saya panggil emotional maturity...hihi

      Anyway..1000 apologies..still hv problem nak komen kat blog sana :(

      Padam
    2. huhuu saya pon tak tahu apa masalahnya..
      malu2 kucing nak timbul agaknya...

      Padam
  8. Usia adalah angka agar kita semua beringat... setiap kita hidup ni pasti mengira angka... Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan dgn kesihatan dan kejayaan dunia dan akhirat... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin....thanks Khir :)
      Hidup kita penuh dengan angka...Dengan adanya angka juga sepatutnya menjadikan kita lebih sedar tentang hari2 yang masih lagi tinggal.

      Padam
  9. Sanah Helwah sakinah mawaddah barakah warahmah..

    peningkatan usia mmbuat kita semakin matang mengharungi kehidupan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...thanks Sis :)
      Peringatan untuk diri saya sendiri supaya menjadi lebih matang dan meninggalkan perkara2 lagha..


      Padam
  10. saya selalu ditanya umur dan saya akan menjawab dengan mudah bahawa saya muda 15 tahun dari usia sebenar..kira-kira 25 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehem...mudanya...hihi
      Ingat 14 tadi :)

      Padam
    2. he..he..nasib baik bukan 41 tahun..

      Padam
  11. Happy Bezday FS....moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah, moga makbul juga harapan dan doa awak tu...
    Lepas ni kalau terserempak rasanya boleh kenal dah ni hihi....

    Psst...tak nak share ke umur tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin....mekasih Mak...

      Bday yang dah berpuluh puluh...wes tua..hihi

      Padam
  12. Wahhhh ! Happy belated birthday Kak fida. :-* Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki sentiasa okay. Sentiasa awet muda gittew ! ♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...thanks Ain...
      Nak jadi awet muda yang penting tu...:)

      Padam
  13. Happy belated birthday yer. Kalau Zumal memang tak ada nak rahsia pun pasal umur. Hehe...

    BalasPadam
  14. Thanks Zumal..
    Umur dah banyak....haha

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut