Mac 12, 2016

Broccoli Muffin


Assalamualaikum

Saja nak share resipi ni. Nampak macam ok. Bahan-bahannya mudah dicari dan cara buat pun tak susah sangat.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk broccoli (di hiris halus). Boleh tambah sedikit carrot kalau nak ada warna-warni.
  • 2 atau 3 biji telur (ikut banyak mana broccoli)
  • 1/4 cawan susu rendah lemak (tak letak)
  • Sedikit cheese mozarella
  • Sedikit lada hitam (yang kasar)
  • Sedikit garam

Cara-cara
  • Di dalam satu mangkuk, campurkan telur , cheese, susu, garam dan lada hitam. Gaul rata. Masukkan broccoli dan carrot yang telah dihiris halus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam dulang pembakar muffin.
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Sesuai dijadikan sajian makan malam sebagai pengganti nasi.
Elok juga dijadikan makanan untuk 'alas perut' di waktu pagi, sebelum makan lontong :D


Sekian.


26 ulasan:

  1. Mrs. fidah sepertinya kalau saya ingin membuat resep ini harus beli dulu loyangnya atau wadah pembentuk broccoli muffinnya dulu hehehe

    Thanks ya tipsnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna loyang biasa pun ok Zee.. nanti nak makan boleh dipotong2
      Thanks :)

      Padam
  2. bestnya kalau ada masa nak buat benda ini semua..boleh cubalah lain kali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah sgt nak buatnya HB. Boleh ler try

      Padam
    2. yalahkan boleh try juga tu..

      Padam
    3. Nanti klu saya ke sarawak tuan hanafi buatlah... boleh jamu, kita makan sama2 hehee... :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Cubalah Raihanah. Ok juga rasanya.

      Padam
  4. boleh juga buat gigit2 masa nonton tv hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok jugak tu kunyah sayur...dari makan junkfood..haha

      Padam
  5. WAH SEDAP NI MKN DGN NASI LBH MENGENYANGKAN TU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat lauk ok jugak tu Kak PI. Lebih kenyang. Makanan kering2 macam ni senang siket masuk bekas..buat bekal pi opis :)

      Padam
  6. Haiiii... tengok je dah sedap.. tapi masoknya malaihhh... kikiki :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang jugak nak membuatnya. Tak yah perah santan...hihi

      Padam
  7. Pos mummy sikit.. makan nak.. masak malas..hahaha :P

    BalasPadam
  8. savoury muffin..makanan sihat ni..tp lepas tu nk mkn lontong lak..hiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tekak melayu saya ni..kena cari lontong atau nasi lemak. Barulah macam makan..hihi

      Padam
  9. Penggemar vege sukalah ni FS... menarik jugak. Sesekali buat kelainan. Awak dah test buat lum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah try Mak..yg kat atas tu, gambo kita lah..hihi

      Padam
  10. Wahhh sedap nie... email la sikit FS... :) :)

    BalasPadam
  11. Wah, nampak macam sedap, boleh juga try nanti gantikan nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak mencuba sajian lebih sihat ni sebenarnya..

      Padam

Google+ Followers

Pengikut