December 13, 2015

Bolehkah Percaya Pada Horoskop?


Ramalan bintang Taurus hari ni: Anda akan memperolehi kesihatan yang baik. Tawaran kerja di tempat baru harus dipertimbangkan sewajarnya. Tentang asmara, Si dia sedang bersiap sedia dengan sejambak mawar merah dan sebentuk cincin berlian sebagai kejutan istimewa sewaktu makan malam hujung minggu ini.
Soalnya...Bolehkah kita percaya pada ramalan horoskop?

Saya pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa ramalan seperti ini boleh membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya adalah haram.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, Rasulllah S.A.W telah bersabda:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum), maka dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir dan setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan), maka bertambah pulalah ilmu sihirnya" - Hadith riwayat Abu Daud,Nasaie dan Ahmad

Imam Bukhari r.a telah meriwayatkan di dalam kitabnya : Allah telah menciptkan bintang-bintang untuk 3 perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai petunjuk arah. Maka, barang siapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari 3 perkara ini, ianya adalah salah.

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda kebesaran (Kami) pada orang-orang yang mengetahui" - Al Anam, 97

Kesimpulannya, mempelajari ilmu tentang bintang, astrologi atau ilmu falak adalah dituntut sekiranya ianya membawa kebaikan dan manafaat kepada manusia dan alam. Tetapi, sekiranya digunakan untuk tujuan meramal nasib, maka sudah jelas ianya salah dan harus dijauhi. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.

Baca juga:
Bintang di langit
Bintang Malam


Sumber: pelbagai


17 comments:

  1. Mempercayai ramalan horoscop dan ramalan2 sejenisnya...ini sama dgn menebak rencana dan apa yg telah di taqdirkan oleh Alloh ....betul?

    ReplyDelete
  2. horoskop ni setakat baca suka2 saja mempercayainya jgn sekali lagipun bertenung nasib/meramal adalah perbuatan syaitan laknatullah.

    ReplyDelete
  3. zaman sekolah dulu boleh dikatakan tiap minggu tengok horoskop dekat cc...huhu..zaman nakal

    ReplyDelete
  4. dari penjelasan hadits di atas, itu jelas bahwa horoscop termasuk syirik dan haram ya..! lebih baik ditinggalkan daripada berbahaya nanti

    ReplyDelete
  5. Untuk percaya atau tidak tergantung orangnya masing-masing dan percaya saja kalau yang dikatakan horoskop yang baik-baik dan kalau perlu aminkan supaya menjadi do'a. Betul nggak mba? hehehe

    ReplyDelete
  6. sekadar baca je. ada kala mmg beul tp sy memlih utk tidak terlalu mempercayai. anggap shj kebetulan

    ReplyDelete
  7. baca sekadar baca sahaja, percaya jangan

    ReplyDelete
  8. Asalam Fidah..tahnia ya nak bagitahu blog ni sudah letak blog ni dalam bloglist 2 ya..tahniah

    ReplyDelete
  9. setuju, lebih baik jangan terlalu percaya..

    ReplyDelete
  10. aku setuju di perenggan akhir, ilmu itu luas untuk diteroka, cuma bagaimana kita nak manfaatkan....

    ReplyDelete
  11. Astrologi, zodiak dg menghubung2kan rasi bintang dg tanggal kelahiran, kesehatan, karir, jodoh, dll hanyalah menebak2.
    Seringnya sambil baca/sesudahnya berucap :" iya yaa bener banget ramalannya, cocok nih".

    Ini seperti halnya mendatangi (tukang) ilmu nujum, dukun, peramal, (orang pintar???).

    Hal ini TERLARANG dan TERANCAM :
    “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka shalatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim 2230).

    Hendaknya tidak membaca zodiak, JAUHI sekalipun hanya ISENG. Apalagi jika membenarkannya dapat terjerumus ke dalam kekufuran.
    Allahu a’lam.

    ReplyDelete
  12. Beruntung aku tidak percaya ramalan bintang
    Jadi tidak terngiang
    Terbayang takut keburukan datang

    :)

    ReplyDelete
  13. eheem.. Taurus ke kak ? kalo Taurus kita geng.. acechec..

    jangan percaya tapi nak baca suka2 tu baca je.. dibuatnya pula skali sbijik plak kan.. dah nnt 'haaa tula tadi aku baca horoskop..' adeh.. akidah lari dah..

    ReplyDelete
  14. semua yg berlaku adalah qada dan qadar Allah swt..dulu suka2 baca tapi sekrg dah tinggalkan, in shaa Allah..

    ReplyDelete
  15. nasib kita ditentukan oleh Allah.. bukannya ramalan bintang begitu..

    ReplyDelete
  16. Fuh..sangat mudah kita disesatkan..berhati-hati lah..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers