Oktober 03, 2015

Tips Penjagaan Kaki


Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting. Jadi, kenalah jaga elok-elok.

Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan kaki

  • Rajinkan lah diri untuk selalu membasuh kaki terutamanya dibahagian celah-celah jari. Setelah itu, keringkan dengan sempurna.
  • Sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
  • Skrub-lah kaki anda untuk menghilangkan kotoran degil :)
  • Potong kuku kaki dengan sempurna. Seeloknya potong kuku selepas mandi dan cuba elakkan memotong kuku dalam keadaan kering kerana kuku mudah rosak atau patah. Setelah itu, kalau rajin, boleh kilatkan kuku kaki sekali. 
  • Pastikan pengaliran darah ke bahagian kaki sempurna. Luruskan kaki setelah duduk terlalu lama. Boleh juga berjalan sekali sekala untuk melancarkan aliran darah.
  • Sapukan losyen atau minyak zaitun sebelum tidur.
  • Gunakan stokin jenis kapas untuk mengekalkan kelembapan.
  • Pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai dan selasa. Boleh baca tipsnya di sini.
  • Segera membuat rawatan sekiranya anda mengalami masalah tumit kaki kering atau pecah. Tipsanya ada di sini.
  • Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami sakit di tapak atau pergelangan kaki. Sila rujuk pada yang pakar.
  • Makanlah makanan yang berkhasiat serta vitamin tambahan untuk kulit dan kuku yang lebih sihat seperti timun, bawang putih, brokoli, ikan solomon dan sebagainya. Amalkan juga vitamin seperti A, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku. (Segeralah order dengan rakan-rakan pengedar Shaklee anda :)).
  • Sekali sekala, boleh juga manjakan diri dengan merawat dan mengurut kaki anda di spa (ikut budget masing-masing)
  • Hindari dari amalan menggigit kuku kerana ianya boleh merosakkan kuku anda. (tapi ini untuk kuku tangan aje kot...ada ke orang gigit kuku kaki...huhu?)

Sekian. Wassalam.
Sumber: Pelbagai


38 ulasan:

  1. Nice sharing, baru tahu kena potong kuku lepas mandi ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas mandi, kuku lebih lembut dan senang dipotong.
      Thanks Zumal :)

      Padam
  2. Tak pernah pun gi pedicure, minicure tu FS....tak pernah jugak merawat kaki secara spesifik mcm yg disarankan tu. Habis kuat pun, buh losyen jer memalam sebelum tido hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak selalu buat. Ni baru nak disiplinkan diri..huhu
      Thanks Okje :)

      Padam
  3. Sekali skala buat pedicure manicure mmg best
    Kaki ni tak selalu amik port pdhal penting jg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pun kat tangan..kaki kekadang orang tak ambik kisah sangat..huhu
      Thanks Nurul Aziyana :)

      Padam
  4. thanks share kak..memang kena jaga kan kaki ni.tak nak lah orang kata penampilan kemas tapi kaki berkerak..huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..setuju Sal. Biar orang kata cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki
      Thanks Sal :)

      Padam
  5. sungguh tak sopan langsung kalau mengigit jari kaki..kotor tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sungguh kurang sopan..hihi
      Thanks HB :)

      Padam
  6. Penjagaan kaki dan kuku sentiasa bersih, itu juga penting agar sentiasa bersih dan sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Biar nampak bersih dan sihat.
      Thanks :)

      Padam
  7. kadang2 terlupa nak jaga semua nieh
    hujung minggu lah masa digunakan untuk bersihkan kaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mulakan hujung minggu ni.. :)
      Thanks akuoka :)

      Padam
  8. bukan sahaja dari segi luaran kena jaga
    dalaman pun kena jaga jugak rupanya
    baru ku tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Demi kesihatan dan kecantikan kulit serta kuku
      Thanks topi jerami :)

      Padam
  9. kebersihan kaki kena jaga. nanti d cop pengotor. hhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Mesti sentiasa maintain bersih dan chantik.
      Thanks Nik Khazami :)

      Padam
  10. wah..bagus info ni...thanks sharing k... akan d aplikasikan sntiasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung :)

      Padam
  11. Betul tu.. penjagaan tubuh badan amat penting... sama ada wanita, mahupun lelaki... Saya biasa ketika mandi akan potong kuku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak kira lelaki atau wanita. Kebersihan harus dijaga.
      Thanks Sham :)

      Padam
  12. Heheh..mmg bhg yg sentiasa diabaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya cam tu...huhu
      Jom jaga :)
      Thanks Seri Nian :)

      Padam
  13. Penjagaan kaki
    Sungguh harus teliti
    Jangan sampai kuku jari-jari
    Rusak dan melukai tepi-tepi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebersihan Kaki
      Penting sekali
      Harus teliti
      Menjaganya setiap hari

      Thanks Mbak Ayu :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Jom manjakan diri
      Thanks iryanty :)

      Padam
  15. thanks sudi kongsi tips nie. kadang2 kita ambil lewa je sbb kaki tu dok hujung badan kan. tak berapa nak perasan atau nak belek2..hehe

    BalasPadam
  16. Bahaya tu kalau ada yang gigit kuku kaki.. Bagus perkongsian tips penjagaan kaki ini..

    BalasPadam
  17. sapa laa yg buang tabiat kalau gigit kuku jari kaki tu hahahaha

    BalasPadam
  18. Saya suka tengok kaki saya huhu.. :D

    BalasPadam
  19. bagus tips ni sbb ramai jg lebih kepada penjagaan wajah je....ada gak terpandang sorang gadis cantik ni tapi bila pandang ke kaki opsss!!!

    BalasPadam
  20. Kadang2 jarang bagi perhatian kat kaki.. maklumlah kalau keluar asyik tertutup je & org tak nampak.. Tapi penjagaan kaki ni penting juga kan?

    BalasPadam
  21. huaha lengkapnyaa perawatann kakinyaa

    aku mah cuma pake scrub sama sikat aja udahh

    BalasPadam
  22. Pantas jika kakiku tak pakai stokin
    Terasa kurang vitamin
    Berakibat sakit kepala seperti masuk angin...

    BalasPadam
  23. Nice info.jenama white barley ?

    BalasPadam
  24. Salam Fidah...selamat tahun baru 2016, belum terlewatkan?

    Penjagaan dan rawatan amat penting, di situ terkumpulnya urat saraf ke seluruh badan.

    Perlu dijagai dan dirawat dengan sempurna.

    Jangan abaikan tip yang Fidah sarankan.

    Selamat mencuba.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut