September 19, 2015

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies





Kalau cerita pasal tudung, macam-macam jenis tudung pun ada. Yang tiga segi, yang serkup, yang selendang, yang belit dan macam-macam fesyen lagi. Daripada pemerhatian saya, fesyen tudung ni mengikut musim.

Zaman saya mula-mula kerja dulu, tak banyak jenis tudung lagi rasanya. Kebanyakannya adalah tudung jenis bawal. Masa tu, part yang glamer adalah part sulam-sulam atau manik-manik yang ada di tepi tudung. Lagi banyak sulaman atau manik, lagi glamer.

Sekitar tahun 2008, dah mula keluar tudung jenis sarung ber-awning ala2 tudung Ariani. Dan selepas tu, memang popular lah tudung jenis ini dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam inovasi di buat pada tudung. Materialnya pun macam-macam contohnya lycra, denim, shiffon dan lain-lain. Lebih kreatif, ada pula tudung yang dijahit bertingkat-tingkat...2 tingkat, 3 tingkat, 4 tingkat. Macam-macam gaya dan warna.

Lepas tu, orang memperkenalkan 'tudung syria'. Entah mana dapat nama tudung tu, saya tak tau. Pernah cuba pakai tapi rasa tak sesuwaiiiiii....
Rasa kepala leper macam pinggan jek...haha..

Saya mula 'berkenalan' dengan tudung jenis belit pada tahun 2011. Masa tu pergi jalan-jalan kat KLCC. Jumpa satu kedai tudung. Asalnya cuma nak tengok-tengok macam mana cara nak pakai. Tapi customer servis kedai tu memang tip-top. Siap buat demo macam-macam style kat kepala akak. Disebabkan rasa bersalah kat adik yang buat demo tu (merangkap salesgirl), saya belilah jugak. Dan kerana kedai tu berada di KLCC harga pun macam KLCC jugak la kan..kan....eermmmm 

Dah letih belit-belit tudung kat kepala, orang keluarkan pula tudung jenis 'instant shawl'. Senang juga sebenarnya nak pakai tudung jenis ni. Ringkas dan mudah.

Dan selepas ini, tak tau lah tudung jenis apa nak keluar. Orang sekarang, memang sangat kreatif dan inovatif. Tak lama lagi, mesti ada tudung fesyen baru.
Apa-apa pun, kita tunggu....

Tudung bawal:)
Walau ada berbagai jenis dan fesyen, tudung bawal tetap menjadi antara pilihan hingga kini.


Sekian. Wassalam.





28 comments:

  1. MESTI CANTIK TUDUNG BERTINGKAT-TINGKAT N BEREBDA-RENDA TU KAN FIDAH...HARGA MCM KLCC PULA HEH..HEH..OKLAH TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ala2 kedai kat KLCC...terbang juga RM nya..hihi
      Thanka Kak Paridah :)

      Delete
  2. Banyak memang macam tudung
    Pilih pun terkadang bingung
    Tapi hasrat tak terbendung
    Tanpil elok dapat sanjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelbagai warna
      Berbagai rupa
      Semuanya saya suka :D

      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  3. Kenapa wajahnya di tutupi kipas mbak fidah? hehe

    ReplyDelete
  4. Tudung berbatu tu berat kan? Baik yang renda-renda tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...wah expert pasal tudung ni. Tapi kalau masa tu, lagi banyak perhiasannya lagi mahal dsn glemer.
      Thanks Zumal :)

      Delete
  5. tudung aidijuma dengan giveaway nya sih emang sangat keren...sayangnya wajah cantik bu adminnya malah berubah jadi kipas angin...kenapa bisa begitu ya?

    ReplyDelete
  6. chantek kaler kipas amoii tuu ;p

    ReplyDelete
  7. Teringat kat datin Wan Azizah pulak ada kipas mcm tu hihii... All the best Fidah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kipas trademark tu.. :D
      Thanks Khir

      Delete
  8. sekarang memang perkembangan tudung dari sisi fashion memang luar biasa.
    tak berselang lama muncul lagi gaya yang baru
    ada yang cocok buat diikuti dan ditiru, ada yang kalau melihatpun geli karena tertawa.
    lebai dan berlebihan.
    tudung yang sederhana dan simpel cara pakainya saya lebih suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melihat orang pakai hijab atau tudung, lebih elok kalau yang sederhana.
      Pernah juga melihat orang mahu sangat berfesyen, kelihatannya seperti sangat aneh..
      Thanks Mba Nove

      Delete
  9. Sampai sudah okje tak de koleksi Bawal yg mahal tu FS....Takut nak beli sebab mahal haha...Betullah cepat betul pesen tudung ni ek....Dpd tudung sarung sampailah belit belit dan muncul balik tudung oattern bawal cuma jenis kain jer lain. Tak terikut pun Okje ni. Pakai mana yg ada jer....dahlah penganggurkan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje..kita beli time sale yang ada diskaun 40%...tapi paling suka yang range RM10 to RM15....:)
      Thanks okje

      Delete
  10. dulu saya suka pakai shawl . sekarang dah balik semula pada tudung bawal . klu nak pegi majlis tertentu baru menggayakan tudung . tapi saya mmg tak pakai tudung syria sbb mcm org tua lak wpun mmg dah tua ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pakai bawal lagi rasa konfident kot.
      Tudung belit2 ni, kalau time tak 'menjadi' boleh jugak rasa kelapa leper semacam je..hihi
      Thanks Vee :)

      Delete
  11. GOOD JOB n terima kasih kerana sudi support n join GA sy... insya allah...ada rezeki pasti tak ke mana2...

    terima kasih sekali lagi.

    salam ukhuwah,
    anies

    ReplyDelete
  12. Good luck&all d best.... Sama cam Cikna PKI tdng tu pki tdng ni alik2 kembali kpda tdng bawal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawal jugak yg ok sepanjang zaman
      Thanks Cikna :)

      Delete