September 09, 2015

Diary Mama #Matematik dan Kehidupan

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah pun masuk hari ke 2. 
Hanya satu subjek sahaja pagi ini, iaitu Matematik.




Seperti biasa, saya akan menanti dengan penuh debaran. Entah apalah soalan yang keluar. Semoga anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian dapat menjawabnya dengan tenang, baik dan betul. Aamiin.

Kalau di lihat pada soalan peperiksan/ujian sekarang, agak tinggi juga standardnya (sekadar pendapat peribadi). Mungkin kerana persaingan semakin tinggi, dan anak-anak sekarang semakin cerdik...


Suasana di luar dewan peperiksaan/ujian

Kalau subjek Bahasa dikatakan subjek yang utama kerana digunakan sebagai medium perhubungan dan komunikasi, Matematik juga tidak kurang pentingnya. Bukankah kita sentiasa menggunakan nombor dan angka dalam kehidupan seharian?  Orang kata, tanpa nombor dan angka, kelamlah dunia.. :)
Tak percaya? Cuba lihat contoh nombor dan angka yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian (dari perspektif seorang anak):


Bangun pagi pukul 5. Solat subuh 2 rakaat. Pergi sekolah pukul 7 pagi. Emak bagi duit belanja RM5. Sampai sekolah, ada perhimpunan pagi pukul 7.20 pagi. Waktu rehat nanti beli kuih 2 ketul dan air sirap 1 gelas. Lepas tu, sambung belajar sampai pukul 1.20 petang. Lepas sekolah balik ke rumah pengasuh dan makan nasi 1 pinggan dan ayam masak merah 3 ketul. Lepas makan, solat zuhur 4 rakaat dan berehat. Pukul 5.30 petang, selepas solat asar, boleh main bola di padang dengan 8 orang lagi kawan. Pukul 7 petang, balik rumah. Bersiap-siap untuk solat maghrib 3 rakaat di surau yang jaraknya 200m dari rumah. Seleps solat adalah waktu untuk makan malam. Emak telah pun masak 1 periuk nasi dan 2 jenis lauk kesukaan. Sesudah makan, saya menonton TV di saluran 616 kerana saya suka rancangan kartun. Saya tidak menonton saluran lain contohnya TV2, TV3 atau Astro Ria kerana waktu malam tiada rancangan kartun...haha. Pukul 10 malam, selepas solat Isya', saya tidur. Tidak lupa juga memasang jam loceng yang menunjukkan jam 5 pagi.

Kan dah kata..nombor dan angka tu penting.. :D

Berbalik pada cerita exam...... untuk anak saya, ada 2 lagi subjek yang menanti esok. Moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin






Sekian. Wassalam.
#diarymama
#upsr2015

Gambar: Google

26 comments:

  1. nampaknya kita terpaksa mengira angka2 yg lbh besar lagi seperti ribu2 juta2 dgn turun nilai ringgit yg semakin menyamai rupiah n baht..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Paridah. Semakin hari, semakin banyak pula nombornya. Sabo aje lah.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Sama ler kita FS.....esok 2 subjek berat pulak tu.
    Okje tawakkal ajelah....sebagai ibu rasanya dah cuba buat yg sebaiknya.....solat, doa....moga Allah makbulkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah abih pun..lega sikit hati. Sekarang masa untuk berdoa dan tawakkal.
      Moga anak-anak kita semua berjaya. In shaa allah. Aamiin
      Thanks Okje :)

      Delete
  3. Betullah ......first day tu hujan lebat sungguhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul First day tu hujan lebat. Syahdu aje masa tunggu kat tepi dewan tu.

      Delete
  4. Esok last day kan..smga dpermudahkan smua urusan anak2 upsr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga dipermudahkan segala urusan.
      Thanks Suhaila :)

      Delete
  5. belum lagi mesti menghafal nomor telepon ayah, bunda, bibi, paman, dan lain-lain...
    begitu banyak angka-angka ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu Mbak Nove.
      Banyak lagi nombor yang perlu diingat..
      Thanks Mbak Nove :)

      Delete
  6. tanpa nomor dan angka mau gimana bisa berjalan dan berkomunikasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sangat setuju. Contohnya, berapakah jumlah foto bunga yang diambil hari ini..hihi
      Thanks Desa Seibaru :)

      Delete
  7. brarti hari ini ya. semoga lancar aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pun berakhir semalam..(ketika 'reply' ini ditulis)
      Thanks Desa Seibaru :)

      Delete
  8. semoga semuanya dipermudahkan., aminnn

    ReplyDelete
  9. yup..matematik adalah subjek paling basic. Tu sebab kalau kat kampung-kampung, orang tua-tua even tak pandai membaca menulis pun, tapi duit mesti kenal...sifir mesti hafal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal. Benda basic tu. Kalau pasal duit..hampir semua orang pandai kira..hihi
      Thanks Sal :)

      Delete
  10. Setiap inci hidup kita dipenuhi angka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup penuh angka.
      Thanks Zumal :)

      Delete
  11. utg budak zmn sekarang . anak periksa , mamanya puasa dan buat solat hajat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Akan dilakukan selagi termampu.
      Thanks Vee :)

      Delete
  12. Saya paling tak suka matematik walaupun sedar ia amat penting waktu sekolah dulu. Tapi bila dah habis sekolah, hari2 kita mengira tolak tambah bahagi dan kali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang...dah berkepuk kepuk duit dikirakan..kan..haha
      Thanks Khir :)

      Delete
  13. mmg betul..itu naluri seroang ibu..anak yg nk exam kita yg akan lebih debaran nya dan doakan yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Mak pulak yg kecut perut..huhu
      Thanks JM :)

      Delete

Google+ Followers

Followers