August 25, 2015

Menjelang Peperiksaan UPSR

Assalamualaikum



Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar darjah 6,  hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Kalau bercakap tentang peperiksaan, kadang-kadang tu, mama dia yang stress lebih-lebih. Cuma sedaya upaya saya tidak mahu menunjukkan emosi tu depan anak :(

Saya tahu dan anak saya juga tahu yang dia membawa harapan ibu bapanya, guru-gurunya dan sekolahnya. Dan saya juga pasti yang dia sudah berusaha untuk belajar sedaya upaya dan semampunya. Hanya di saat-saat akhir ini, tumpuan harus diberikan pada latih-tubi untuk semua subjek, mengawal emosi supaya tidak 'pressure' dan berdoa sebanyak mungkin.

Saya pernah terbaca tentang tip-tips menjelang peperiksaan tulisan Dr Tengku Asmadi, seorang perunding motivasi terkenal. Berikut adalah tips-tips yang dikongsi, (saya telah ringkaskan) yang saya rasa amat berguna untuk saya serta ibu bapa yang lain:

  • Cubalah memahami tekanan yang dihadapi oleh anak. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, anak kita pastinya tahu bahawa mereka membawa harapan keluarga. Cuma jangan biarkan hingga mereka rasa tertekan di saat-saat akhir ini. Katakan pada mereka bahawa apa yang kita harapkan dari mereka adalah melakukan apa yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Berusaha dan berdoalah selagi boleh. Rezeki kita Allah yang Maha Menentukan
  • Tingkatkan keyakinan diri anak. Keyakinan datangnya dari persediaan. Semakin banyak persediaan dibuat, in shaa Allah, mereka semakin yakin untuk menghadapi peperiksaan. Buatlah latihan selagi mampu.
  • Memberikan semangat kepada anak dengan kata-kata positif. Sebutlah "Mama yakin, Abang'Kakak/Adik pasti boleh" dan bukannya "Jangan putus asa". Atau, "Bertenang dan berhati-hatilah bila menjawab pepriksaan" dan bukannya "Jangan gopoh atau jawab tergesa-gesa"
  • Kerjasama sepenuhnya. Hormati waktu ulangkaji anak. Mungkin ahli keluarga boleh sama-sama membaca bahan-bahan yang berfaedah daripada bersembang-sembang kosong, menonton tv atau bermain game. Dengan ini anak akan rasa 'perjuangan' mereka dihargai.
  • Kurangkan aktiviti luar. Mungkin dalam masa terdekat ini boleh ubah sedikit jadual kebiasaan daripada keluar membeli belah dan menonton wayang kepada duduk saja di rumah dan manafaakan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
  • Elakkan anak dari tidur lewat. Jangan biarkan anak tidur lewat. Galakkan mereka untuk membuat ulangkaji pelajaran di awal pagi. Di waktu ini suasananya lebih tenang dan nyaman.
  • Berikan anak pelepasan tugas harian. Berikan mereka 'pelepasan' dari rutin harian seperti mengemas bilik, menjaga adik dan sebagainya. Dengan cara ini, pastinya anak kita merasakan bahawa seluruh ahli keluarga mahukan dia cemerlang.
  • Nyatakan ganjaran dengan jelas. Beritahu anak tentang ganjaran yang akan diberikan jika mereka berjaya dengan cemerlang. Moga-moga ini akan membakar semangat mereka untuk terus berusaha.
  • Ambil cuti. Inilah masanya untuk kita memberikan sepenuh tumpuan pada anak. Usahakan untuk menghantar dan mengambil sendiri anak di sekolah terutamanya di hari peperiksaan. Ingatkan kepada anak, ini adalah usaha kita dan apa pun keputusannya nanti, kita harus terima dengan rasa bersyukur.
  • Banyakkan berdoa dan bersolat hajat. Tidak ada yang lebih penting bagi seseorang anak yang mengambil peperiksaan selain dari doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Inilah masanya untuk terus berdoa dan moga segala urusan anak-anak kita menjawab soalan peperiksaan akan dipermudahkan.
Semoga anak-anak kita yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini kan diberikan keputusan cemerlang. In shaa Allah...Aamiin.

Doa penerang hati:



Rujukan utama : Artikel,10 peranan ibubapa menjelang peperiksaan (www. tengkuasmadi.com)
Gambar: Google


34 comments:

  1. insyaAllah ada usaha pasti jaya kak doakan...mamanya rajin2lah baca yasin n hadiahkan pada anak yg sdg exam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Akan dilakukan dan terus berdoa.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. anak sulung saya akan menghadapi ujian UPSR tahun ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung saya juga. Moga semuanya berjaya mendapat keputusan yg cemerlang. Aamiin
      Thanks HB :)

      Delete
  3. anak menakan sy bakal menduduki upsr jg thn ni...rs nyer mama dia mmg cuti laa tuuu (busy memanjang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...busy tak busy..kena cuti jugak. Nak bagi moral suppprt..
      Thanks Anies :)

      Delete
  4. Jika anak merasa yakin
    Belajar rajin
    Nilai bagus sudah menjamin
    Karena doa ibu bapak sebening angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.
      Moga semyanya dipermudahkan. Aamiin.
      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  5. semoga dipermudahkan segalanya.. :)

    mak ayah saya.. tiap kali anak2 exam mesti diorang berpuasa sunat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Moga diterangkan hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
      Thanks Diana :)

      Delete
  6. Moga anak2 yang bakal menduduki exam nie dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...aamiin..terima kasih atas doanya.
      Thanks Zumal :)

      Delete
  7. Semoga calon exam UPSR dipermudahkan untuk menjawab exam... Berdoa selalu untuk kejayaan mereka.. aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih atas kunjungan & doanya :)

      Delete
    2. Aamiin. Terima kasih atas kunjungan & doanya :)

      Delete
  8. Tips dan doa yang penting sekali itu. Makasih banyak nggih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama -sama.
      Terima kasih juga atas kunjungan :)

      Delete
  9. Bagus sekali tipsnya, sebagai seorang guru saya yakin jika tips-tips ini dilaksanakan dengan baik maka anak-anak akan dapat mencapai prestasi sesuai potensi mereka masing-masing. Great blog entry, Mbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Maba Nove. Moga anak-anak ini dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.
      Thanks Mba Nove :)

      Delete
  10. semoga lancar ujian nya ya mba :)

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan urusannya yerr :)

    ReplyDelete
  12. semoga ibu dan anak yang akan melalauinya dipermudahkan segala urusannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin Ya Rabbal'alamin
      Thanks Vee :)

      Delete
  13. Replies
    1. Sama -sama kita doakan semoga mereka memdapat keputusan yang cemerlang.
      Thanks Diyana :)

      Delete
  14. Semoga dipermudahkan dan berjaya menduduki upsr dgn cemerlang... aamiin.

    Maaf lama tak berkesempatan singgah.. kurang berblog lately huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama tak singgah ke blog Khir :(
      Sorry.
      Aamiin...thanks doannya. Semoga anak saya dan pelajar2 yg mengambil peperikssan ini memdapat keputusan yg cemerlang.

      Delete
  15. berusaha..yg selebihnya berdoa dan bertawakkal kpd Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Akan diusahakan...
      Thanks Nohas :)

      Delete
  16. betul...si mama lebih seteres dari anak....ehh...cam lah JM ada pengalaman kan hihih

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers