May 05, 2015

Mencari Bahagia

Assalamualaikum

Bila bercerita tentang bahagia  pasti orang akan memikirkan tentang hidup yang kaya raya serta hidup serba selesa dan sempurna. Harus diingat, hakikat kebahagiaan tidak semestinya apabila kita mendapat segala yang kita mahu. Tetapi, nikmat bahagia sebenarnya lebih besar daripada itu. Bahagia juga merangkumi jiwa yang damai dan fikiran yang tenang.



Saya terbaca beberapa tips tentang mencari kebahagiaan dan ketenangan, antaranya :
  • Solat : Selain daripada sebagai kewajiban, solat juga adalah sumber ketenangan. Contohilah Rasulullah SAW. Apabila ditimpa kesusahan, Baginda akan segera melakukan solat sunat.
  • Membaca Al Quran : Membaca Al Quran bukan sahaja mendapat pahala, malahan ia dapat meresapkan ketenangan di hati.
  • Berzikir : Seseorang yang fikirannya tidak tenang, jiwanya juga tidak aman. Seandainya kita mengingati Allah setiap masa, In Shaa Allah, hati kita akan sentiasa lapang dan bahagia.
  • Bersedekah : Dengan bersedekah, hati kita pastinya akan gembira kerana dapat membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan. 
  • Memaafkan orang lain : Hidup tanpa sifat dendam dan benci pastinya akan membawa ketenangan. Jiwa yang tenang akan membawa hati yang bahagia.
  • Bersahabat dengan orang soleh : Mereka boleh menjadi contoh tauladan dan penasihat yang baik. Mendampingi golongan seperti ini, In Shaa Allah akan dapat merawat jiwa yang bermasalah.
  • Tawakal kepada Allah : Serahkanlah segalanya kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh di setiap pekerjaan yang kita lakukan. Orang yang bertawakal akan dicintai Allah dan akan dipermudahkan segala urusannya.
  • Bersyukur : Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah akan membuat jiwa kita tenang. Selalulah melihat keadaan orang yang lebih susah dan mengambil iktibar di atas keadaan mereka serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberikan.
  • Bersangka baik : Jangan sekali-kali ada perasaan ragu kepada Allah. Yakinlah bahawa ada hikmah di setiap ujian yang menimpa. We plan, but Allah is the best of planners.

Sekian. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.
Moga pembaca yang lain juga mendapat mafaatnya.

Wassalam.

20 comments:

  1. Replies
    1. Yup...with positive thinking and attitude.

      Delete
  2. PERKONGSIAN TERBAIK INSYA ALLAH...SIRAMN JIWA YG MENYEGARKAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semoga memperoleh jiwa yang tenang dan bahagia.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  3. InsyaAllah..sama2 kita cari bahagia ya sis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kebahagiaan.
      thanks Atie :)

      Delete
  4. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Umi Nazrah
      terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  5. Kebahagian itulah kekayaan yg sebenar.. ramai org yg kaya juga sanggup berbelanja besar semata2 utk mendapatkan kebahagiaan.. wallahualam. T kadih atas perkongsian ini Fidah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebahagiaan itu sangat tinggi nilainya.
      Kalau kaya raya pun, belum tentu bahagia.

      Delete
  6. Semua orang pun nak kan bahagiakan FS..... Tapi tulah namanya pun pentas dunia penuh ranjau berduri..... Moga tips yg FS berikan tu kita dapat mencari bahagia yang kita nak kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Okje. Semua orang mahu hidup bahagia.
      Semoga kita semua beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Aamiin

      Delete
  7. thank for sharing this tips sis..

    betul bagi saya kebahagian buat masa skrg
    mempunyai masa utk dri sendri.. family dan sentiasa tenang tanpa ganguan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati yang tenang dan sentiasa bersyukur dangan apa yg kita miliki juga merupakan salah satu dari tanda kebahagiaan.

      Delete
  8. thanks sharing sis...semoga kita akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita. Aamiin

      Delete
  9. jangan cari gaduh n sentiasa senyum ...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers