May 30, 2015

Checklist Sebelum Ramadhan


Assalamualaikum.


Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan berbagai ganjaran disediakan bagi sesiapa yang berjaya menjalankan ibadah dengan sempurna. Oleh itu, rebutlah peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala ibadah.

Kalau dah dekat dengan hari peperiksaan, mesti kita berusaha untuk belajar supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Begitu juga dengan sambutan hari raya aidil fitri. Pasti pelbagai persiapan dibuat agar dapat menyambutnya dengan meriah. Untuk menyambut bulan Ramadhan, apakah persiapan kita?

  • Persiapan rohani. Untuk menyambut bulan Ramadhan, perlu keikhlasan hati dan tidak mengeluh kerana lapar dan tidak dapat menikmati makanan di siang hari seperti pada bulan-bulan yang lain. Baik juga kalau kita sudah mulakan ibadah puasa sunat dari bulan Rejab dan Syaaban sebagai salah satu daripada persiapan.
  • Menyemak kembali segala hukum-hukum tentang ibadah puasa, contohnya perkara-perkara yang membatalkan puasa supaya ibadah kita nanti tidak sia-sia.
  • Menyemak kembali amalan-amalan sunat yang dituntut supaya kita dapat 'memaksimumkan' bulan Ramadah dengan perkara-perkara yang baik. 
  • Menjaga kesihatan. Adalah penting untuk kita menjaga kesihatan supaya kita dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Badan yang sihat dan cergas juga akan membuatkan kita lebih semangat untuk berterawikh dan menambahkan lagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran
  • Latihan bangun di awal pagi supaya kita tidak 'liat' untuk bangun di bulan Ramadhan nanti, baik untuk bertahajud dan juga bersahur. 
  • Persiapan ekonomi juga penting. Bukan sahaja untk membeli baju raya, kasut raya, tudung raya atau menjamu tekak dan mata di pasar ramadhan, tetapi untuk membolehkan kita melebihkan sedekah di bulan yang penuh barakah itu nanti.
  • Dan untuk Kak Tita, Kak Nora dan Long Senah...dah habis ganti puasa?

Semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan nanti dan segala amal ibadah kita akan diterima. In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga dapat manafaatnya.
Wassalam.

Sumber : Pelbagai.


28 comments:

  1. assalam sebelum ramadan berbetulan pula dgn cuti persekolahan banyak pula kenduri perkahwinan...baguskan bersedia tabakan diri mnghadapi dugaan ramadan yg sgt mencabar mental fizikal bersama yg tersayang di sisi...semoga kita beruntung lagi menemui ramadan kali ini n mengutip ganjaran pahalanya yg banyak...insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...mesti best dpt berkumpul dengan anak2 dan ahli keluarga.
      Thanks Kak Paridah

      Delete
  2. Thn ni sengaja sy wat persiapan raya lbh awl. Sbb sy da mls nk fikir psl ni time mk beramal ibadat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies. Itulah yang sebaiknya. Kalau saya, memang kalau boleh nak elakkan dari gi shopping esp kat Jln Tar tuh
      Thanks Anies :)

      Delete
  3. Bersuka ria semua menyambut bulan suci Ramadhan dgn penuh antusias

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadhan..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna..
      Thanks Mr Rianda :)

      Delete
  4. yup, kena bersedia..kalau duduk KL kena tambah lagi satu-bersedia nak mengadap jam..hehehe.

    semoga dipanjangkan umur bertemu Ramadhan ye kak Fidah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal...10x pikir nak bawak kereta atau naik komuter gi kerja
      Thanks Sal :)

      Delete
  5. Ramadan hanya beberapa langkah je lagi.. semoga segala persiapan dpt dilaksanakan sebaiknya agar dpt menyambut ramadan dgn fokos dan tenang, in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..semoga Ramadhan kali ini lebih baik.
      Thanks Khir :)

      Delete
  6. Ramadhan tiba lagi! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya utk merasainya lagi tahun ini.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...semoga kita dpt bertemu Ramadhan lagi..
      Thanks Gee.. :)

      Delete
  7. saya suka kepada persiapan ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persiapan ekonomi juga penting. Terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  8. nice sharing...hari tu baru ad dgr khutbah pasal persiapan ramadhan ni... Skrg rasanya org lebih terfikir resepi ap nak buat... aneka makanan untuk bukak puasa etc... hingga lupa keberkatan ramadhan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..akak memang tengah terfikir pasal resipi pun... :D
      Semoga dapat mengingatkan diri sendiri juga ni.
      Thanks Ikhwan :)

      Delete
  9. tidur awal supaya dapat bangun awal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...
      tapi kadang2 tu, susah pulak nak tidur awal sebab tak biasa.
      Tapi sempat lagi nak practice. Thanks Vee :)

      Delete
  10. Terima kasih utk check list ni. Terus save dlm memori!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sama-sama beroleh kebaikan.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  11. okay, akan saya praktikkan. in shaa ALLAH :)

    terima kasih pernah singgah blog kita. singgah sini juga. comel blog. kita suka. tapi kalau dapat tukar font jadi betul2 hitam lagi senang nak baca. heeee

    ReplyDelete
  12. Memang selalu awal bangun, tapi ramadhan lagi awal kena bangun.. Tq Fidah atas reminder..

    ReplyDelete
  13. ehh.. lupa satu lagi, kena cari resepi byk2 ni sbb nak kena masak hari.. berbuka dan sahur.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. Selalu menjaga niat dan kesungguhan sebelum ramadhan tiba...semoga kita semua termasuk ke dalam golongan orang2 yang beruntung di hari kemudian..aamiin

    ReplyDelete
  15. Tq FS tolong ingatkan apa yg patut....maklumlah kalau dah kilauan ni, banyak kali reminder pun kekadang memanjang ke laut haha...

    ReplyDelete
  16. biasakan dengan puasa sunat bermula pada rejab ... hutang puasa sepatutnya dah bayar sebelum puasa 6 ( syawal ) .

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers