April 13, 2015

You Jump, I Jump...Remember?

Assalamualaikum

Sebahagian daripada entri/posting ini saya tulis ketika sedang menunggu mangsa-mangsa lain 'diselamatkan'.

Kisah bermula apabila tren komuter laluan Seremban yang saya naiki tiba-tiba rosak diantara perjalanan dari stesyen Seputeh ke Salak Selatan. Setelah hampir satu jam menunggu di dalam tren yang panas dan tiada lampu (bekalan elektrik terputus sepenuhnya)....kami di suruh turun dari komuter berkenaan. Agak bahaya juga kerana ketinggiannya melebihi 1 meter.

Bayangkan...Mak Jemah yang hari ini begitu ayu berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi terpaksa 'terjun' dari tren komuter....sangat tak patut!!...aarrrggghhh.

Untuk turun dari komuter yang rosak dan naik ke tren komuter lain yang disediakan, kami telah dibantu oleh pasukan bomba dan penyelamat kerana tren itu agak tinggi. Mesti sakit tangan dan kaki pasukan penyelamat tersebut kerana terpaksa mengangkat para penumpang yang berkilo kilogram beratnya. Bukannya seorang dua..tapi lebih seratus penumpang.
Aduhai.. :( :(

Pasukan Bomba & Penyelamat membantu mangsa turun dari tren komuter

Perkara ini, bukanlah pertama kali berlaku. Dah banyak kali tren komuter rosak. Tapi saya tidak pasti apakah tindakan pihak Keratapi Tanah Melayu untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak ada banyak pilihan, jadi mereka biarkan saja kot...After all, esok lusa penumpang tetap ada dan mereka boleh mengaut keuntungan dari tambang tren komuter ini seperti biasa.

Mangsa beratur menunggu giliran untuk di bawa naik ke tren komuter lain.

Bila dah jadi hal sebegini, terfikir jugak untuk drive aje ke tempat kerja. Tapi bila mengenangkan kesesakan jalan raya yang harus ditempuhi...eeerrmmm...esok lah fikir :(

Apa-apa pun, sabar ajelah. Tapi Mak Jemah kesian juga tengok keadaan mangsa dan juga kesian kat diri sendiri.

Harapan Mak Jemah, semoga dengan bertambahnya perbendaharaan negara melalui GST dan pelbagai cukai yang lain..mutu perkhidmatan pengangkutan awam akan terus dipertingkatkan.

MALAYSIA BOLEH!!!!

Sekian. Wassalam.




23 comments:

  1. Jangan sampai jadi kes macam kat luar negara. Keretapi tergelincir dari landasan sebab masalah teknikal. Lagi haruuuu... Tapi biasalah kat Malaysia ni, selagi tak masuk TV/suratkhabar, selagi tu lah depa (yg berkuasa) buat boddoooo je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee : Kena ada kes2 kritikal kot...barulah orang-orang berkuasa ni nak buka mata...tu pun kalau nak buka...huhu :)

      @Cilembu Thea : Ya Mang...sabar nih :)

      Delete
  2. Ish seriau jugak dengar ceritanya...kenapa pihak berkenaan tak ambil berat supaya kejadian yang sama tak berlaku lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah Bunda. Tapi semalam..tren yang di sediakan tu, tren buruk. Dah tak cukup tren agakanya...
      Terima kasih komen dan kunjungan :)

      Delete
  3. kasihan pada mangsa..saya harap ia tidak berulang lagi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh jangan lah berulang lagi....Tobat Mak Jemah nak naik tren..

      Delete
  4. Nasib saya waktu naik train belum pernah terkena situasi mcm ni lagi.. kesian penumpang semua.. kesian juga ktm sbb train mereka rosak.. ni semua salah gst ni huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian penumpang...ni memang semua salah GST...hoho :D

      Delete
  5. Hrp2 gitu laa... semua jd lbh baik lps gst

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya...dana hasil dari kutipan GST digunakan dengan sewajarnya.

      Delete
  6. situasi yg bahaya tu xder pula jadi viral ya ..moga xberlaku lagi n mak jemah mash boleh tersenyum berkomuter berkasut tinggi...heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lepas ni cari cari selipar lah kot, buat naik komuter...lebih selesa

      Delete
  7. perjuangan yang sangat melelahkan. tapi Alhamdulillah selamat dan tidak kurang dari kesehatan ya sista. oh ya...maaf baru bisa bersilaturrahmi ke blog ini. berhubung banyak tersita waktunya pada pekerjaan. tapi silaturrahmi tetap akan saya jaga, untuk mengharap berkah kebaikan dari semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Mbah...saya juga sudah lama tidak berkomentar di sana. Malu juga ni kerana blogger senior yang berkunjung ke blog saya dulu.
      Alhamdulillah selamat sampai. Harap-harap tidak lagi terjadi hal-hal seperti itu.
      Terima kasih :)

      Delete
  8. kunjungan kak, maaf baru komen, komputerku slalu error.. pesan aku pada post ini jaga keselamatan yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga komputernya cepat ok...atau ganti saja yang baru :D
      Terima kasih Santika..moga moga perjalanan kita semua sentiasa selamat...aamiin

      Delete
  9. Malaysia ni, lagi takda eksiden yang boleh bawak maut, lagi tu la masing-masing tak ambik endah. Tren komuter ni dah bertahun bermasalah, tapi still macam tu jugak. Bila orang guna kenderaan sendiri sampai jammed jalan, salahkan rakyat pulak. Sudahnya, bila nak selesai. Takkan tak keluar pegi kerja kot kan? Makan minum kita siapa pulak yang nak tanggung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia boleh!!!...
      Standardlah..selagi tak ada yang mati atau terkena kat anak atau saudara mara pihak2 tertentu...kira tengok aja lah...huhu

      Delete
  10. angkutan umum dimanapun tentu ada saja kendala, tinggal kita untuk bersabar dan menikmati apapun yang terjadi.
    ijin follow yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..harus banyak banyak bersabar.
      Moga mutu perkhidmatan pengangkutan awam di sini akan lebih baik.
      Terima kasih kunjungan dan komennya. Terima kasih juga kerana sudi follow blog ini...:)

      Delete
  11. Aduhaii... cian mak Jemah yang anggun ayu.. bila la agaknye masalah begini nak stop ea.. satu soalan yang mungkin takde jawapan.. huhuu

    ReplyDelete
  12. pertama kali saya naik komuter masa nak gi periksa kat u ... lembap gila . nak nangis rasa . nasik baik masih sempat sampai sblm bermula exam ...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers