April 22, 2015

WW#3 Masalah

Assalamualaikum...


"MY THERAPIST SET HALF A GLASS OF WATER IN FRONT OF ME. HE ASKED IF I WAS AN OPTIMIST OR A PESSIMIST. SO I DRANK THE WATER AND TOLD HIM I WAS A PROBLEM SOLVER"

Walaupun ini adalah ruangan Rabu Tanpa Kata...tapi saya masih juga mahu berkata-kata.

Bila terbaca quotation di atas, pasti akan terfikir, kita berada dikalangan yang mana.
Jom semak.

Golongan optimis akan melihat sesuatu dari sudut positif. Misalnya bila melihat air yang separuh penuh dalam gelas, dia akan berkata "Walaupun hanya separuh, gelas tersebut tetap mengandungi air"

Golongan pessimist pula biasanya melihat sesuatu dari sudut negatif. Contohnya "Hanya separuh air sahaja dalam gelas itu? Kenapa tidak penuh? Apakah niat orang itu memberi kita hanya separuh gelas air? Kedekut kah dia? Atau mahu berjimat cermat semenjak ada GST?"

Bagi golongan 'penyelesai masalah' atau (problem solver) mereka akan melihat dan menganalisa keadaan bagi mencari solusi terbaik. Lebih bagus, jika mendapat cara yang paling simple untuk menyelesaikan masalah, serta dapat menguntungkan semua pihak (win win situation).
Contohnya "Apa yang kompleks sangat nak fikir bila tengok air dalam gelas itu hanya diisi separuh sahaja. Sudah di beri air, minum sahajalah. Dahaga hilang, tuan rumah (jika air itu dihidangkan di rumah jiran tetangga) pun tidak berkecil hati.

Memang dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, apa yang paling penting adalah cara kita melihat dan menyelesaikan masalah tersebut.

Alamak..banyak pula kata-kata di ruang tanpa kata...huhu.


p/s : Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semoga bermanafaat.

Wassalam

Pic : google

18 comments:

  1. Replies
    1. Diam tanpa kata...
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Salam kenal.. follow sni.. jemput jenjalan ke blog sy...
    kesimpulannya sy tak nak jadi seorg yg pessimist.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal.
      Terima kasih follw blog saya :)

      Delete
  3. Namanya juga hidup pasti disitu ada masalah kalau ga ada masalah ga berasa hidup. So, enjoy aja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kehidupan...ada suka, ada duka
      Thanks Miss Wida :)

      Delete
  4. Menarik... klu saya pun minum terus sbb haus hehee.. Sebenarnya golongan pessimist ni klu dapat dikuasai minda mereka memahami sesuatu maksud tujuan kita, mereka akan menjadi tapak sokongan yg paling kuat berbanding yg berfikiran positif. - political science
    Seorang politician perlu menguasai ilmu psikologi melembutkan pessimist ni menyokong matlamat. Kalau buat tak prihatin ia akan menjadi ancaman paling kuat menggagalkan usaha... maka sikit2 jadilah mcm scenario politik negara kita skrng ni.. wallahualam.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Having a right mix and composition of people dalam sesebuah pasukan atau parti politik sememangnya perlu. Barulah ada check and balance. Kalau semuanya 'diam tanda setuju'...susah juga ya.
      Thanks Khir :)

      Delete
  5. I leave it already kak fida.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope everything is okey...
      happy alwayz dear :)

      Delete
  6. cari penyelesaian , jgn cari asbab ... golongan pesemist mmg ada di mana - mana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Tak guna bergaduh kerana 'sebab'.

      Delete
  7. hidup...kalau x de masalah...tu namannya bkn hidup ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah problem akan membuat kita lebih matang..hidup lebih hidup

      Delete
  8. Jika selalu optimis
    Masalah terpecah manis
    Walau harus menangis
    Tapi tak sempat pesimis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga positive selalu
      Thanks Mba Ayu :)

      Delete
  9. semua yang terjadi pada kita adalah QadraAllah dan Allah selalu memberikan yang terbaik bagi orang beriman mungkin kelihatannya menyedihkan atau musibah bagi kita tapi itu adalah yang terbaik bagi kita, jadi kita harus selalu berbaik sangka kepada Nya ridha dengan segala ketentuan Nya agar Allah ridha kepada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap yang di tentukan Allah adalah yang terbaik..
      Kita merancang..Allah maha mengetahui.
      Terima kasih komennya & salam Jumaat :)

      Delete

Google+ Followers

Followers