Mac 09, 2015

Bersara Umur 62 Tahun?

Assalamualaikum

Melanjutan umur persaraan kepada 62 tahun?. Alamatnya, lama lagilah nak pencen...hoho. Mungkin niatnya baik, untuk terus memberikan pendapatan tetap kepada golongan sasaran. Tapi ada juga yang memberikan perspektif yang berbeza. Sebenarnya, ada pelbagai reaksi yang timbul tentang cadangan dari CUEPACS (The Congress of Unions of Employees) ini. Tidak kurang juga yang memberi cadangan ke arah penambahbaikan. Antaranya:


  • Tahap kesihatan sangat penting nampaknya. Kalau nak bekerja sampai umur 62 tahun harus sentiasa sihat dan fit, betul tak? Jadi, haruslah meningkatkan tahap kesihatan supaya dapat terus bekerja dengan cekap dan bersemangat. Nak bagi contoh pun, Mak Jemah tak tau. Tapi, cuba bayangkan, kalau guru-guru dan cikgu-cikgu yang umur 62 tahun kena berdiri mengajar di kelas lebih dari 1 jam. Kelas pulak di tingkat 4 (harus panjat tangga). Agak-agak, steady lagi tak Kak Senah?
  • Perlindungan Insuran. Mungkin perlu juga dikaji dan ditambah coverage- nya. Pendapat orang awam seperti saya, semakin bertambah usia, badan pun semakin lemah jika dibandingkan dengan golongan muda. Tulang belulang pun semakin rapuh dan penyakit-penyakit pun semakin mudah datang. (Tapi, mungkin ada teori klinikal yang mengatakan sebaliknya.....). Jadi, risiko kemalangan di tempat kerja juga boleh meningkat. Bukanlah mintak perkara-perkara yang buruk berlaku, tapi harus juga bersedia sepanjang masa.
  • Saringan emosi. Rasanya perlu tak? Orang kata, makin tua, makin romantis sensitif. Orang kata ya...bukan Mak Jemah. Walau hati emas, emosi mesti stabil. Harap tak ada masalah bagi bos-bos muda nak memujuk Pak Cik dan Mak Cik sekelian untuk meningkatkan lagi produktiviti bekerja. Keupayaan bekerja juga tidak boleh menurun, demi mencapai matlamat dan objektif organisasi. Ada juga kawan di pejabat (lelaki) yang meluahkan perasaan tadi. "Kalau Akak Nenek umur 62 tahun dan staff baru (perempuan) umur 22 tahun merajuk, akak rasa, saya nak pujuk yang mana?...eeerrrmmmmm
  • Peluang pekerjaan untuk golongan muda. Mak Jemah rasa, dengan melanjutkan usia persaraan kepada 62 tahun, sedikit sebanyak akan menyekat peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat golongan muda. Tapi, ada yang mengatakan bahawa pendapat Mak Jemah itu adalah salah sama sekali...huhu. Walau apa pun, perkara ini harus dilihat secara lebih holistik. Sekurang-kurangnya, peluang pekerjaan untuk golongan muda harus disediakan, supaya bakat, potensi dan tenaga belia kita tidak sia-sia. Seperti kata pepatah...Yang Tua Di Hormati, Yang Muda Di Kasihi. Tak gitu?
  • Coach Warga Emas di KTM Komuter. Mak Jemah memang amat berterima kasih dengan pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM Komuter) kerana menyediakan Coach Khas untuk Wanita supaya perjalanan bagi kaum Hawa ke tempat kerja, lebih selesa dan selamat. Harap-harap, dengan cadangan perlanjutan umur persaraan ini, pihak KTM Komuter juga akan mengambil kira cadangan penambahan coach keretapi, khas untuk Warga Emas pulak. Maklumlah, bila umur dah semakin meningkat, takut ramai pulak yang tak larat nak memandu kereta ke tempat kerja. Badan pun dah lemah, mata pun dah kelam-kelam. Itu tak ambik kira jalan jem lagi...
Itu saja lah yang larat Mak Jemah tulis setakat ini. Mungkin ada banyak juga kesan-kesan positif dari cadangan melanjutkan umur persaraan kepada 62 tahun yang boleh dibincangkan di entri/posting yang lain...Sekian saja dulu

Wassalam

Gambar : whatapps

47 ulasan:

  1. Cuma masalahnya bila policy maker bnyk org2 tua.. warga muda jadi tak puashati. Bnyk hal ikut prosedur lama. Internet pun kdg2 dia org tak tau hargai sedangkan zaman dah berubah.. Kang tegur dikata melawan org tua.. ntahlah.. saya tak berapa setujulah bekerja terlalu lama mcm tu.. pendapat sendiri je.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bersara umur 55 tahun pun rasa tak larat....
      Nak manage perbezaan diantara gen X dan gen Y yang ada sekarang pun kadang-kadang susah, ni entah berapa generasi pulak yang ada....huhu
      Budak baik jangan melawan orang tua, hokkeh....

      Padam
    2. boleh juga bekerja sampai mati..tengok larat ke tidak

      Padam
    3. Isk..isk...ngeri pulak baca.. :D

      Padam
  2. ada ada si nenek, udah berumur masi aja gaul :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti, di tempat kerja, pasti ada lebih banyak golongan yang berpengalaman. Harap-harap, produktiviti kerja akan lebih meningkat :D
      Thanks Roli

      Padam
    2. lebih setuju nila ada golongan yang berpengalaman..yaa itung-itung.. bisa menimba ilmu dari yang tua Kak..

      Padam
    3. Addooiii...
      Mr Aldino, saya melihat perkara ini dari segi yang sangat negatif pada mulanya. Errrmmmm....salah satu contoh pessimistic saya yang nyata..huhu
      Thanks :)

      Padam
    4. he.he.he..
      semua dibuat seru saja Kak..

      Ooo baru ingat..
      dulu di office.. ada 3 orang golongan tua... semua asik diajak bercanda..
      disiplin, mudah ikuti perintah.. Kak..Semangat kerjanya juga luar biasa, ..

      Padam
    5. Kalau memang bersemangat untuk mahu terus bekerja..mesti prestasi kerjanya bagus.
      Thanks Mr Aldino :)

      Padam
  3. Memang tergelak aa bila tgk gambar, dari gambar aje dah faham isinya. terbaik aa admin...

    http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/rahsia-tambat-hati-suami/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungannya NIfz..
      Semoga mereka yg berkenaan mengkaji betul2 perkara ini sebelum dilaksanakan..
      Salam kenal

      Padam
  4. ha..ha..ha.. nak ketawa dulu Kak..!

    kalau menurut saya ya Kak..
    bagus juga sebenarnya bila di tempat kerja itu ada yang sudah berumur lanjut..
    alasannya cukup simple..
    misalnya ya Kak..

    ada persoalan antara pekerja/pegawai.. peran yang orangtua di sini sebagai penengah dari persoalan..

    atau juga dapat mewakili pimpinan bila ada persoalan antar pegawai..
    pernah di office.. ada pekerja berumur ..kalau tidak salah hampir 60-an tahun.. beliau ini mantan marinir/tentara.. kalau ada persoalan yang menyangkut perselisihan antar pekerja.. beliau ini yang menjadi penengah..

    lebih banyak menasihati Kak.. tempat curhat juga Kak...huuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Golongan berusia ni, biasanya lebih cool. Faktor umur juga antara sebab kenapa golongan ini dihormati. Lebih2 lagi kalau orangnya memang baik.

      Tempat curhat??..eerrmmm..Boleh juga. Mereka ini orang yang berpengalaman. Jadi boleh dikongsi dengan golongan muda.

      Padam
    2. betul Kak.. ..
      tempat curhat.. untuk promosi naik jabatan .. beliau inih yang nantinya sampaikan ke pimpinan, Kak.. ha..ha..ha..

      golongan tua inih Paling semangat.. kalau bercerita tentang masa lalunya Kak..

      Padam
    3. Some people are old at 18...and some are young at 80...huhu..Yang paling penting, cara kita menanganinya..
      Salam Jumaat Mr Aldino

      Padam
  5. 62 tahun tetap sehat
    Hayalan yang tepat
    Jika selalu jaga badan secara rawat
    Dan selalu cukup istirahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesihatan
      Satu nikmat pemberian Tuhan
      Tidak boleh di pandang ringan
      Selagi hayat dikandung badan

      Padam
    2. Hayat sehat
      anugerah nikmat
      Karena selalu cermat
      menjaga rasa selamat

      Padam
    3. Terima kasih Mba Ayu
      Pesan mu akan ku ingat selalu :)

      Padam
  6. sy x setuju 62 thn br bersara. laa ni lom smpi 40 da kuar msk hosp. kalu 62? nnt asik2 mc je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasalah...Perlu dikaji dan perlu juga saringan yang khusus (contohnya tahap kesihatan) untuk menentukan kelayakan..

      Thanks Anies :)

      Padam
  7. salam kenal, 62 perlu rehat nikmati pagi dengan tenang.. tetapi bila rasa diperlukan kekadang memberi semangat pada diri untuk memberi, walahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tgk pada senario sekarang..ada juga golongan berusia yg masih bekerja. Mungkin kerana pengalaman dan kepakaran mereka masih di perlukan..
      Thanks babypose..salam kenal juga

      Padam
  8. Hihi lawaklah gambo tu FS....
    Okje kurang setuju sebenarnya....kang lambat pulak kita boleh keluar habis EPF.... Ha camne tu? Memanglah ada baiknya tap rasanya umur 62 tu bawak bawaklah bribadat cara lain ye dak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tu kesian jugak tgk golongan berusia yg masih bekerja...mungkin kerana keperluan dan tak ada pilihan.
      Tu lah..bergantung pd masing2..
      Thanks Okje :)

      Padam
  9. kalu saya umur lewat 50lah itu cukup lanjut rasanya..kita beri ruang pada orang muda yang sah2 berlambak lepas spm, graduan tu adoi..tu ada mohon spa masih gagal..apa lagi kerja mencuri kerja tak baik..salah satu susah dapat kerja..yang memilih satu hal gak hadoi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada benarnya juga tu...
      Tapi bergantung juga pd empunya diri masing2...
      thanks Suri

      Padam
  10. xpayah susah2 kerja bgitu lama...beri masa rhtt yg cukup utk diri tnpa sttres beban tugas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut hati..umur 45 pun dah rasa nak ambik optional pencen....hehe..
      Thanks Kak Paridah

      Padam
  11. ikutkan hati..saya nak bersara sekarang dan fokus untuk menjadi blogger..satu kerjaya yang tidak mengenal erti umur atau persaraan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 rasa macam tu jugak..tapi ilmu masih sikit..
      Apa2 pun..semoga suksess selalu HB

      Padam
    2. ilmu itu akan datang sekali dengan pertambahan umur..katakan umur HB 80 tahun maka ilmu yang HB cuba sampaikan lebih berbentuk pahala jariah

      Padam
    3. Semoga panjang umur dan diberi kesihatan. In shaa Allah, niat baik akan dipermudahkan.

      Padam
  12. Alamak...bagila peluang pada yang muda2 yer tak...harap tak la dilaksanakan...

    p/s : Fidah terpilih antara komen terbanyak kat blog saya...insya Allah, ada sedikit buah tangan untuk Fidah...nanti tinggalkan yer detail : nama, alamat penghantaran dan no tel kat email saya : rinoa.rider@gmail.com. Entry komen tu ada kat sini :

    http://mamapapaamir.blogspot.com/2015/03/penasihat-bulanan-bulan-january-2015.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terharu ni.
      Saya dah email. Thanks MPA.

      Padam
  13. usia 62 harusnya masa istirahat kak, sangat hebat andai masih produktif, alangkah baiknya tidak dipaksakan ya kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di beri optional, saya tak pilih sampai 62 tahun... Umur sebegitu (kalau masih ada), saya mahu fokuskan kepada beristirehat, beribadah dan bermain dengan cucu. Tapi mungkin ada yang di luar sana masih memerlukan pekerjaan dan sumber kewangan. Golongan begitu yang paling kasihan.
      Thanks Santika :)

      Padam
  14. Ya Rabbi. Ada lagi yang gatal nak lanjutkan umur persaraan. Kalau orang lama dah terlalu lama dalam perjawatan awam, macam mana pula halnya dengan golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih dalam kajian rasanya. Tapi harus dilihat secara menyeluruh segala kesan-kesan sampingan. Dari aspek yang lain, pelbagai initiatif juga perlu ada supaya tenaga dan bakat golongan muda ini dapat optimumkan untuk menyumbang kepada negara.
      Thanks Sylarius Yusof

      Padam
  15. semangat juang diusia senja di 62 tahun ini sungguh membuat inspirasi kita tumbuh dengan seksama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga semangat dan inspirasi itu tetap ada. Walau apa pun aktiviti yang di lakukan, semoga di usia sebegitu, tahap kesihatannya masih lagi ok.
      Terima kasih atas kunjungan dan komen nya, Mang.

      Padam
  16. Bagi mereka yang masih sehat dan aktif...boleh jer...

    BalasPadam
  17. bagi saya , biarlah warga emas tu setaka 60 jer . lepas tu biarlah mrk gunakan masa pencen tu utk lipatgandakan amal ibadah dan beristirehat bersama anak cucu serta menikmati kehidupan ...

    BalasPadam
  18. memang semangat tidak mengenal umur ya

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut