September 07, 2014

Seri Puteri dan Kenangan


Assalamualaikum

Pada hari Jumaat yang lalu, semasa menghadiri satu meeting di office, ada orang bertanyakan tentang sekolah saya, Sekolah Seri Puteri.
Dia ingin tahu apakah bezanya Sekolah Seri Puteri (SSP) yang secara rasminya telah dipindahkan ke Cyberjaya pada tahun 2003 dan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) yang letaknya di bekas tapak Sekolah Seri Puteri (SSP) di Jalan Kolam Ayer.

Masalahnya Kak Ton hanya mengikuti perkembangan Sekolah Seri Puteri (SSP) bardasarkan kegiatan alumni sahaja...mengenai perkembangan terkini SESERI tu...memang tak berapa pasti...huhu

Ok..alang2 dah mengumpul maklumat, baik saya jadikan ia satu entri. Manalah tau, info ini mungkin berguna untuk pihak-pihak yang lain.

Sekolah Seri Puteri (SSP)
Latar Belakang:
Sekolah ini ditubuhkan pada 6 Mei 1969 dan pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Perempuan Jalan Kolam Ayer. Nama tersebut dengan rasminya telah ditukarkan kepada Sekolah Seri Puteri (SSP) pada September 1978. Nama itu dipilih kerana ia menggambarkan pelbagai makna yang berkaitan dengan kecantikan, kemuliaan dan kepimpinan. Lambang sekolah juga diperkenalkan pada tahun yang sama.
Pada tanggal 1 Mac 2003, sekolah ini dipindahkan ke Cyberjaya dengan bangunan yang lebih moden. Perasmiannya telah telah diadakan pada 10 April 2007.



Pengalaman Saya:
Menjalani hidup di sekolah berasrama ..pastinya meninggalkan berbagai kenangan dalam hidup saya. 5 tahun, bukanlah masa yang singkat. Alhamdulillah, ukhwah dan persahabatan dengan kawan-kawan sekolah masih berkekalan..terutamanya yang 1 batch. Seperti yang pernah saya coretkan dulu, untung sekarang ni sudah ada media sosial seperti FB, whatsapp, Kakao talk, instagram dan sebagainya...memang sangat membantu untuk mancari dan menghubungi rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Antara kenangan yang paling menarik adalah semasa menyertai pasukan pancaragam sekolah. Walaupun sangat memenatkan kerana terpaksa mengikuti latihan setiap hari, tapi  ianya dapat mengajar saya supaya lebih berdisiplin dan bijak menguruskan masa. Latihan paling intensif adalah sewaktu upacara perbarisan Hari Kebangsaan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka. Masa tu, berpeluang juga melihat persembahan dari band-band sekolah lain contohnya Victoria Institutions, St John Institution, Sekolah Menengah (Perempuan) Kuen Cheng, Sekolah Alam Shah dan sebagainya. Memang kenangan manis.......

Masa di sekolah berasrama, jadual harian memang padat. Banguan pagi terus mandi (kadang-kadang kena tunggu giliran), lepas tu sembahyang subuh di surau, diikuti dengan sarapan pagi, lepas tu ada program Bacaan Meluas, perhimpunan pagi dan masuk ke kelas.
Lepas habis waktu persekolahan (pukul 1.55 petang),  makan tengah hari dulu, solat zuhur, lepas solat, boleh berehat sekejap (masa tu dipanggil silent hour...). Setelah itu, bermulalah sesi kelas persediaan petang (PREP) sehingga pukul 4.30 petang. Bagi ahli pancaragam seperti saya, setiap petang ada latihan pancaragam yang biasanya dimulakan pada pukul 5.15 sehingga 6.30 petang.
Waktu makan bermula pukul 7 (kami diwajibkan menggunakan sudu & garfu. Masa tu semua tunjuk skill..terutamanya kalau ada lauk ayam goreng..hehe..meriah bunyi sudu garfu di Dewan Makan), diikuti dengan solat maghrib. Selepas solat maghrib, bermulalah pula sesi kelas persediaan malam (PREP). Habis PERP dalam pukul 10 dan selepas solat Isya, kami di mestikan tidur. Begitulah jadual harian saya pada masa itu, yang masih kekal dalam ingatan.
Walau jadualnya padat dan kadang kala sangat memenatkan, ianya telah memberi pelbagai kenangan dan pengajaran dalam hidup saya.

Ini pula..gambar-gambar di sekitar kawasan sekolah di Cyberjaya...Terima kasih kepada rakan saya, Cik M Gojes, yang telah besusah payah merakamkan gambar-gambar tersebut.. :)




Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)


Saya juga ingin berkongsi serba sedikit maklumat tentang Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI). Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh dan dibuka secara rasmi pada bulan Jun 2003. Sekolah ini terletak di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur dan merupakan sekolah untuk pelajar perempuan dari seluruh tanahair yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Semenjak penubuhannya, sekolah ini juga telah berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang, baik dari sudut akademik mahupun ko-korikulum.

Ok. Itu saya coretan saya untuk kali ini. Seronok juga sekali sekala dapat mengimbau kenangan silam...kalau bukak balik diary nanti, macam-macam cerita pulak yang akan keluar......hehehe

Sekian. Wassalam.

Sumber gambar & rujukan utama: website Sekolah Seri Puteri (SSP) & Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Mbak Fidah.. Keangan yang terindah yah Mbak
    Semoga saja kenangan ini bisa menjadi kenangan yang bisa menjadi
    Penuntun yang baik *salam sejahtara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan terindah...betul sekali
      T.kasih Saud :)

      Padam
  2. Salam Isnin Fidah...Memang bestkan duduk hostel. Seronok masa first time masuk hostel. Macam-macam hal...tapi itulah kenangan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kenangan....dengan orentasi..homesick...hehe
      Thanks Raudzah :)

      Padam
  3. Sekolah budak pandai ni.. genius hehee.. Kenangan manis yg pastinya kekal dlm ingatan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan manis Khir..
      Sebahagian dari alam remaja saya ada kat sini...Thanks :)

      Padam
  4. Eh eh..cik M gojes tumpang glamer kat blog mbak fidah ye. Jgn lupa henbeg brada sebijik untuk royalti gamba tu ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisa saja Cik M Gojes...hasil gambar itu bagus sekali.. :)

      Padam
  5. Assalamualaikum, saya student SSP dan saya memerlukan bantuan alumni and coincidentally terjumpa blog ni masa tgh buat research and so it would be great kalau boleh chat dengan alumni. It will help my research a lot. Maaf kalau saya mengganggu. thank you. :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut