September 04, 2014

Mawar Merah atau Anggerik Ungu?

Assalamualaikum...

Yang mana satu pilihan hati? Mawar merah atau anggerik ungu (purple)?
Namun saya pasti, kedua-duanya sama cantik dan ada keistimewaannya yang tersendiri.


Mawar Merah adalah sejenis bunga berduri yang cantik dan wangi. Juga merupakan bunga yang sangat popular terutamanya bagi yang sedang bercinta. Ramai wanita akan suka kalau dapat bunga mawar atau rose ini...betul tak?. Tak kiralah sama ada dapat sekuntum, 3 kuntum atau sejambak, pasti akan menceriakan hari.

Tahukah anda..apakah maksud jumlah kuntuman bunga mawar?...(Tapi, ini hanyalah berdasakan sesetangah pendapat dan kepercayaan... tak pasti boleh percaya 100% atau tidak)

1 kuntum : Cinta pandang pertama.
3 kuntum : I love you
12 kuntum : Be my steady
100 kuntum : Semoga kekal bersama

Kesimpulannya, bunga mawar adalah sejenis bunga yang sangat penting sebagai lambang percintaan. Sampai ada pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan.
"I'd rather have roses on my table than diamonds on my neck"


Tapi, selama mana bunga ini dapat bertahan??
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian....
Wanita....masa dapat bunga tu..gembira habis. Lepas tu, keringkan dan simpan. Tak kan nak buang pulak....sayang...hehe
Tapi, kalau dah lama-lama sangat, dan dah dapat bunga yang baru...tak tau pula nak simpan di mana. Akhirnya terbuang jua......
Mungkin memang itu nasib si bunga romantis.. :( :(

Bagaimana pula dengan Anggerik Ungu?
Anggerik atau Okid (orchid) asalnya adalah sejenis bunga hutan. Baunya juga mungkin tidak sewangi mawar. Ada sesetengah pendapat yang menyatakan anggerik melambangkan misteri dan tidak kepastian. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah lambang kecantikan, keindahan, kemewahan, perhatian dan kebaikan.
Pendapat peribadi saya, bungga anggerik, dengan bentukya yang sangat unik, mempunyai nilai komersial yang tinggi. Apatah lagi jika dipelihara dengan baik, pastinya lebih cantik dan harganya menjadi lebih mahal.
Penanaman dan penjagaannya juga, tidaklah begitu rumit bagi sesetengah orang yang sudah biasa dengan pokok bunga ini...Namun bagi saya yang masih baru nak belajar, agak susah juga nampaknya...huhu..

Pendapat dan pilihan anda bagaimana pula?
Yang mana satu pilihan hati...mawar merah atau anggerik ungu?

Sekian. Waassalam.









25 ulasan:

  1. Dua-dua my favorite color Fidah. Last weekend, kita beli dua blouse color purple and merah..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Purple warna favourite saya...
      Salam hujung minggu Raudzah..thanks :)

      Padam
  2. Dua-dua pun cantik. Anggerik kot..lebih unik dan senang jaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun suka anggerik...
      Thanks Sal...salam hujung minggu :)

      Padam
  3. Dua2 saya suka.. saya mmg suka rose. Purple salah satu warna kesukaan & merah itu menawan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu..saya tanam pokok rose..tapi sekarang tinggal pasu aje..:( :(
      Purple is my faveret too
      Thanks Khir..:)

      Padam
  4. Nurul suka bunga Rose.. merah, putih, kuning.. semua suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rose...memang cantik & wangi..
      Thanks Nurul :)

      Padam
  5. orkid kot.
    sbb orkdi warna dia lagi cantik n jarang dpt tgk.
    rose dh jemu tgk.
    lagipun warna purple lain dr yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orchid is something different and unique too....
      And purple is my favourite color...thanks :)

      Padam
  6. unggu nampak lembut dan menyejukkan jiwa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ungu sangat cantik...saya pun suka.
      T.kasih dan salam hujung minggu :)

      Padam
  7. They help protect us, they fortify us, and they benefit us.
    People who find themselves participating in fat loss also need dietary supplements to help
    keep them healthy. These include quercetin, a member of the flavonoid family which has powerful anti-inflammatory and anti-cancer properties.


    Feel free to visit my web-site - Chris Ashenden more info

    BalasPadam
  8. Wah, ibuku suka sekali sama anggrek :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anggerik memang cantik...t.kasih :)

      Padam
  9. Cinta tak perlu pake bunga, cukup dengan tingkah laku aja :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu...t.kasih sudi ke sini :)

      Padam
  10. orkid pilihan hati. susah juga nak dapat kan pokoknya berbunga.. kena rajin nuture.
    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...perlu dijaga rapi
      T.kasih ya sudi ke sini...

      Padam
  11. Balasan
    1. Betul tu..mawar wangi..
      Salam hujung minggu Lin

      Padam
  12. Jadi lebih baik di beri berlian yah dibandingkan diberi bunga. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau berlian....saya mau...hahaha :D :D

      Padam
  13. saya sgt sukakan anggerik sbb rupa bentuknya yg pelbagai . tapi saya masih blm pernah menanamnya sendiri ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anggerik sentiasa cantik...unik dan exclusive...

      Padam

Google+ Followers

Pengikut