November 14, 2013

Hari Asyura


Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari Asyura dan selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa sunat hari ni.

Saya bukanlah seorang ustazah dan tiadalah juga banyak ilmu di dada. Tapi, bila membaca beberapa artikel mengenai hari Asyura, memang teruja untuk mengkaji dan mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Mengapa hari Asyura dianggap istimewa?
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalender Islam iaitu 10 Muharram.

Hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Kerana itu jugalah orang Islam menghormati hari tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Berpuasa pada hari Asyura akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya"

Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Puasa yang utama sesudah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram"

Ada juga pendapat yang menyarankan untuk berpuasa sunat pada hari Tasu'a' (9 Muharram). Apakah yang dimaksudkan dengan hari Tasu'a'?

Sumber gambar dari facebook Ustaz Ismail Kamus

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat untuk semua.
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Followers